Apakah tindakan Lim Kit Siang memboikot majlis angkat sumpah MB Perak esok memberi impak besar kepada kerajaan Barisan Rakyat?
By BERNAMA
PAKATAN DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan PAS yang pada mulanya bersetuju menubuhkan kerajaan campuran di Perak, kelihatan sudah mula retak.
Semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak diarahkan supaya tidak menghadiri majlis angkat sumpah Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang baru, yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah esok.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan untuk melantik ADUN Pasir Panjang itu sebagai Menteri Besar Perak, amat mengejutkan dan membingungkan pemimpin-pemimpin DAP.
"Memandangkan pelantikan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak itu mewakili parti politik yang ketiga yang paling kecil dalam kerajaan campuran yang dicadangkan, ia tidak mendapat mandat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC)," katanya.
Beliau berkata sehubungan itu wakil rakyat DAP Perak tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah Menteri Besar yang dijadualkan esok.
"Mesyuarat tergempar CEC yang diadakan di Pulau Pinang Ahad lepas sudah memberikan kebenaran untuk pembentukan sebuah kerajaan campuran Perak yang mengandungi 18 wakil rakyat DAP, tujuh wakil rakyat PKR dan enam wakil rakyat PAS," katanya.
Lim, yang merupakan Anggota Parlimen Ipoh Timur berkata DAP bersedia menerima Pengerusi DAP Negeri dan ADUN Sitiawan Ngeh Koo Ham, atau ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR sebagai Menteri Besar Perak.
3 ulasan:
DAP semakin bongkak,sanggup bantah perintah Sultan, dia ingat nak perintah negeri ni main-main ke? nak bagi orang yang sembarangan ke? PKR pon tak kata apa dia yang kecoh.
Aku rasa sekarang pon sudah kecoh macamana dalam tempoh 5 tahun nak memerintah Perak ni dengan DAP yang banyak songgeh.
Kadang-kadang aku rasa walaupun aku berat nak cakap tapi mungkin Pas kena fikir tubuh kerajaan negeri dengan BN ( bukan masuk BN ), biar DAP putih mata, lepas ni aku dah bertekad aku tak akan kempen untuk DAP lagi, nyesal aku, Ya Allah ampuni lah Aku, pilihan aku lepas ni hanya PAS.Kepada UMNO BN buanglah ego biar PAS jadi MB dan kita kongsi kuasa.Takbir!
Jebon
Apakah misi DAP sebagai pemerentah kerajaan campuran? Kalau nak itu, nak ini, pastikan anda mendapat majoriti 2/3. Tak perlu kongsi dengan orang lain. Macam PAS di Kelantan.
Berapa lama DAP nak memerentah? 5 tahun sahaja? Sekiranya DAP banyak sangat songehnya, tak mustahil rakyat akan menukar kepercayaan mereka. DAP harus sedar bahawa rakyat menukar kepercayaan mereka kepada BN selama ini kerana tidak bersetuju dengan tindak tanduk pemimpin dan beberapa dasar yang dibuat oleh mereka. Rakyat boleh pada bila-bila masa sahaja kembali kepada BN, kalau itu lebih baik.
Catat Ulasan