KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 13, 2008

AKHIRNYA Lim Kit Siang MOHON MAAF Kepada RAJA DR NAZRIN SHAH!

By WAN NORDIN YAAKOB

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan yang dibuat berhubung tidak mengiktiraf pelantikan wakil PAS, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak bukanlah bertujuan untuk tidak hormat kepada keputusan Pemangku Sultan Perak, Dr Raja Nazri Shah.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

Sebaliknya kata beliau, kenyataan tiga perenggannya berhubung isu itu adalah kenyataan selepas mesyuarat parti ketika itu sahaja (semalam).

Beliau tidak berniat untuk tidak menghormati, dan beliau memohon maaf kepada Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di atas kenyataan itu yang mungkin menimbulkan sebarang masalah.

Beliau seterusnya berkata, berhubung isu itu beliau akan berbincang dan kenyataan terkini berhubung hal itu akan dibuat kemudian.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Perpaduan. YB LKS bukan sahaja perlu memohon maaf daru Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah tetapi beliau juga perlu memohon maaf dari PAS terutama pengundi-pengundinya. Tindakan beliau sebagai orang No.1 DAP masih mencerminkan sikap anti PAS dan Melayu. Spatutnya juga, PAS juga perlu menuntut jawatan Exco lebih dari 2 orang mewakili orang Melayu kerana orang Melayu masih majoriti di Perak bagi membela nasib orang Melayu. Apa kata wakil PAS di Pulau Pinang juga boikot DAP kerana wakil PAS tidak dilantik sebagai Exco Agama di Pulau Pinang. Matimatiknya juga, penyokong PKR majoriti orang PAS dan penyokong PAS sendiri jika dikira di seluruh Pulau Pinang agak ramai dan komite dengan arahan parti. Macamnana?

Tanpa Nama berkata...

Salam Perpaduan. YB LKS bukan sahaja perlu memohon maaf daru Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah tetapi beliau juga perlu memohon maaf dari PAS terutama pengundi-pengundinya. Tindakan beliau sebagai orang No.1 DAP masih mencerminkan sikap anti PAS dan Melayu. Spatutnya juga, PAS juga perlu menuntut jawatan Exco lebih dari 2 orang mewakili orang Melayu kerana orang Melayu masih majoriti di Perak bagi membela nasib orang Melayu. Apa kata wakil PAS di Pulau Pinang juga boikot DAP kerana wakil PAS tidak dilantik sebagai Exco Agama di Pulau Pinang. Matimatiknya juga, penyokong PKR majoriti orang PAS dan penyokong PAS sendiri jika dikira di seluruh Pulau Pinang agak ramai dan komited dengan arahan parti. Macamnana?