KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 13, 2008

LIM KIT SIANG "Gagal" Fahami SIFIR "MAJMUK" POLITIK Perak?

By AZIM FITRI

TERIMA kasih kerana memberi peluang email saya ini disiarkan di laman tuan.

Selama ini saya hanya membaca dan kalau ada perasaan marah saya kepada DAP, saya cuma biarkan ianya berlalu begitu sahaja.

Malam ini saya tidak boleh membendung lagi perasaan saya lantas jejari saya menekan butang-butang keyboard ini sebagai rasa kecewa dan marah kepada sdr Lim Kit Siang diatas kenyataan beliau berikutan keputusan Tuanu Sultan yang telah memperkenankan melantik Setiausaha PAS Perak, Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Pertamanya, saya sangat kecewa kerana sdr Kit Siang seolah-olah tidak menghormati keputusan yang telah diambil oleh Sultan. Sewajarnya sdr Kit Siang telah akur kerana beliau telah memberi mandat kepada DAP Perak bekerjasama menubuh kerajaan campuran PKR-DAP-PAS. Dengan jelas, Perlembagaan Negeri Perak dan semua wakil-wakil PKR-DAP-PAS akur dengan keputusan yang akan diambil oleh DYMM Sultan Perak. Kenapa sdr Kit Siang mempertikai dan mengambil langkah untuk memboikot majlis angkat sumpah MB Perak?

Kedua, jika sdr Kit Siang memang benci PAS kenapa tidak diperingkat awal-awal lagi CEC DAP Pusat memutuskan supaya DAP tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan campuran sepertimana sebelum kemenangan PAS-PKR-DAP.

Ketiga, jika sdr Kit Siang tidak mahu PAS, arahkan pengerusi DAP Perak supaya PAS jangan hadir dalam mana-mana mesyuarat yang dihadiri oleh PAS. Manakala PAS tidak perlu menghantar calon MB Perak. Habis cerita.

Keempat, sdr Kit Siang perlu bersikap jujur, kerjasama DAP-PKR perlu menyeluruh iaitu Penang, Perak dan Selangor dan nyatakan secara rasmi DAP tidak mahu bekerjasama dengan PAS. Maka dengan itu kerajaan yang bakal dibentuk di Perak dan selangor hanyalah melibatkan PKR-DAP, sepertimana di Penang dan Kedah.

Kelima, sdr perlu mencontohi sikap PAS, mereka lebih bersikap matang, terbuka dan tidak terlalu emosi. Sdr Husam dalam kenyataan awal, mempelawa DAP menyertai kerajaan Kedah namun malangnya tawaran tersebut tidak bersambut.

Harus difahami, keputusan 8 mac adalah mandat rakyat kepada kerjasama dan semangat rakyat dan bukan DAP semata-mata atau PAS semata-mata.

Saya percaya DAP tidak akan berjaya mendirikan kerajaan Penang tanpa adanya sokongan Melayu di Penang.

Dengan 18 kerusi, DAP hanya mampu menjadi pembangkang di Penang!! Sdr adalah pilihan, untuk bersama dengan PAS atau tidak. Jangan berdolak-dalik kerana, mandat rakyat cukup jelas.

Apabila persefahaman satu lawan satu wujud, akan ada ahli PAS mengundi DAP dan ahli DAP mengundi PAS. Begitu juga dengan PKR dan lain-lain. - Laman Marhaen

Tiada ulasan: