KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 15, 2008

GAWAT: Pemuda Umno Minta Hisyamuddin PECAT MUKHRIZ Pula!

Terpulanglah kepada Hisyamuddin untuk memecat Mukhriz yang lantang meminta anak Badawi berundur BN gagal mempertahankan 2/3 majoritri kukuh pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

By TARMIZI MOHD JAM


RUPA-RUPANYA pemimpin Umno belum insaf dan enggan mengakui kesilapan. Mukhriz sejak menang di Jerlun makin garang dan berani mengkritik anak Badawi sudah diserang oleh pengampu anak Badawi.

Umno Pulau Pinang hari ini mengutuk tindakan Exco Pergerakan Pemuda Umno dan mahukan beliau dipecat atas kesalahan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sudah tentulah, sebagai orang kuat anak Badawi Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim pantas mengatur langkah dan bersilat dengan anak Mahathir itu.

Tindakan Mukhriz itu dilihat amat tidak wajar dan memaparkan pendirian pemimpin itu yang tidak tetap dan mahu Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memecatnya.

Azhar berasa pelik dengan pendirian Mukhriz yang telah mengeluarkan kenyataan berbeza semasa sidang akhbar di Butterworth dengan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Selepas mengutus surat meminta Abdullah bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu dan menggesanya meletakkan jawatan, Mukhriz makin lantang.

Kini Mukhriz menjadi ancaman dari dalam yang digeruni Umno. Selain Mahathir yang licik dan turut menyumbang kepada ranapnya impian anak Badawi untuk mempertahankan majoriti kukuh, Mukhriz pula menjadi "duri dalam daging".

Adakah ini seorang pemimpin Pemuda yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan negara? Anda perlu tegas, kalau satu pendirian cakap satu, jangan cakap sini lain, esok cakap lain. Ini tidak ada pendirian," kata Azhar kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup pemimpin Umno negeri di sini, hari ini.

Azhar menuduh Mukhriz mempunyai kepentingan peribadi dan mahu mengaut keuntungan politik dalam keadaan parti sedang menghadapi sedikit kesulitan selepas pilihan raya umum lalu.

Petang tadi, Berita Sangahtoksago.Com difahamkan, Hishammuddin akan mengambil tindakan terhadap Mukhriz selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno tidak lama lagi.

Sementara itu, Pemuda Umno Selangor pula menyifatkan tindakan Muhkriz sebagai biadap dan menyerahkan kepada Hishammuddin untuk membuat keputusan.

Ketua Pemudanya, Abdul Shukur Idrus berkata mereka menganggap tindakan Mukhriz itu adalah tindakan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pimpinan Pemuda.

Kita berasa sedih dengan kepimpinan yang kita sokong (Mukhriz) dahulu membuat perkara seperti ini, biarlah kita buat keputusan di dalam parti dan tidak menjadi hero semasa kita tengah tersepit," katanya Abdul Shukur yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuang.

1 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Kenapa pemuda umno nak kasi kerusi parlimen percuma kepada barisan alernatif?