KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 15, 2008

Rahman Palil BERMAIN DENGAN API?

Cuma dibimbangi, Rahman Palil hanya mengulangi kebongkakkan BN yang akhirnya tersungkur jua ke bumi!

By TARMIZI MOHD JAM

CALON BN menang tanpa bertanding di Dun Kapar, Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil memang mencari nahas. Bukan sahaja hilang kuasa, juga tergadai budi bahasa.

Beliau mengapi-ngapikan lebih 3,000 jentera Umno Bahagian Kapar semalam agar memantau segaja janji Barisan Rakyat dipenuhi dengan bertindak mengumpulkan segala maklumat berkaitan.

Menurut Agendadaily, Abdul Rahman ketika berucap pada perhimpunan tersebut akan menggerakkan jentera parti itu mengumpulkan data dan maklumat mengenai janji-janji yang dibuat oleh PKR, DAP dan PAS untuk dituntut pelaksanaannya.

"Kita akan mengumpulkan senarai anak-anak yang diletakkan pusat jagaan bagi dituntut bayaraan sebanyak RM75 yang dijanjikan, kita akan kumpulkan senarai anak-anak di Tadika bagi dibayar RM50 sebulan seperti yang dijanjikan. Jika ini tidak dapat ditunaikan, kita gegarkan pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini janji mereka," katanya sambil disambut tepukan hadirian yang melaungkan slogan Hidup Melayu dan Hidup Umno.

Sebagai orang kalah, Rahman akan berbuat apa sahaja tanpa bertindak relevan. Beliau dengan niat jahat mahu mengusutkan pentadbiran kerajaan baru, pilihan rakyat dengan memilih cara demikian.

Walhal, cukup mudah difahami. Jika Barisan Rakyat menang menguasai pentadbiran Putrajaya maka barulah segala kandungan manifesto terlaksana.

Jika setakat menguasai kerajaan negeri, dengan kuasa yang terhad maka sudah tentulah apa yang dihajati Rahman itu tidak dapat disempurnakan.

Dan kerana itulah, Rahman beriya-iya benar mahu muncul sebagai hero Umno ditengah masyarakat yang kian celik politik.

Cuma dibimbangi, Rahman Palil hanya mengulangi kebongkakkan BN yang akhirnya tersungkur jua ke bumi!

1 ulasan:

tisso berkata...

hai lagi seko melayu yang tak sedar diri. Ko ikutlah si toyo tu....

selama ko jadi YB apa ko buat. sila baca ulasan aku pada khair toyo...

malas aku nak nak cakap pasal pemimpin BN kat selangor ni. Memalukan bangsa melayu betul...sekarang baru nak berkokok macam ayam jantan.tapi aku paham ayam jantan ni tak de telor. nak bising2 ceritalah kat dewan undangan negeri nanti. Tak payah lah nak bakar2 kat luar macam org tak siuman.
Masa berkempen pilihan raya semua goyang telor, ko tak tengok org lain bekerja kuat demi kemenangan. apa korang buat, tahu tabur duit je.....nah sekarang anbil lah padahnya. so jangan nak salahkan org lain. Cermin diri tu bro...