KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 11, 2009

4 isu utama Perlembagaan perlu ditentukan Mahkamah Persekutaun Kerajaan Sah Nizar lawan Kerajaan Kudeta Zamry


MAHKAMAH Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas) Kuala Lumpur hari ini mengumumkan empat persoalan berkaitan perlembagaan yang perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dalam pertikaian undang-undang antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, lapor Malaysiakini.

Persoalan itu yang dibacakan oleh Hakim Lau Bee Lan, adalah seperti berikut: Sama ada perkara Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak di bawah perkara 16(6) dibaca bersama dengan perkara 18(2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak boleh diadili?

Sekiranya jawapan kepada persoalan pertama adalah ya, persoalan seterusnya ialah sama ada perkara Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak memberikan perkenan itu sah di sisi undang-undang? Sama ada pelantikan menteri besar Perak yang baru di bawah perkara 16(2) (a) dibaca bersama dengan perkara 18(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak boleh diadili?

Sekiranya jawapan kepada persoalan di atas adalah ya, persoalan seterusnya ialah sama ada menteri besar yang baru itu dilantik secara sah di sisi undang-undang?Persoalan berkenaan dirumuskan oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara sepertimana diminta Hakim Jumaat lalu, lapor Bernama.

Selepas persoalan berkenaan diumumkan, peguam kanan Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengemukakan bantahan atas alasan persoalan itu tidak relevan dengan permohonan mereka bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

"Persoalan itu tidak timbul daripada permohonan bagi pengisytiharan dalam semakan kehakiman, dan sehubungan itu, apa juga jawapan yang mungkin diberikan Mahkamah Persekutuan, ia bukan penentu muktamad terhadap isu yang telah dibangkitkan," katanya.

Permohonannya bagi penangguhan perintah rujukan kepada Mahkamah Persekutuan, sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan yang telah ditolak atas alasan bahawa permohonan sama (bagi penangguhan) telah dibangkitkan dan ditolak oleh Lau pada 6 Mac.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi diisytiharkan beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

2 ulasan:

saji berkata...

Setuju atau tidak, hanya sistem perundangan Islam yang dinamakan 'masalih mursalah' dapat menentukan kedudukan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah. 'Masalih Mursalah' merujuk kaedah yang dipakai dalam perundagan Islam bagi menentukan sama ada sesuatu perkara dan masalah yang tidak dijelaskan dengan terang dalam al-Quran, Hadis, ijama' dan qias hendak dihukumkan sebagai harus atau haram, yang mana dalam kes DS Nizar, melibatkan tindakan Adun Perak melompat parti sebagai punca masalah yang perlu ditentukan hukumnya.

Tanpa Nama berkata...

1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.

2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”.

3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Mongolia.

4. Perdana Menteri pertama yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.

5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.

6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.

7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuhkan sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.

8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Mongolia yang kemudiannya mati dibunuh.

9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.

10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.