KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 18, 2008

ANAK PARIT Diperantauan DIGESA Buat Persiapan Pulang MENGUNDI!

Tarmizi Mohd Jam (kiri) menyeru anak-anak Parit diperantauan pulang mengundi calon-calon PAS dan PKR dalam pilihan raya kali ini. Di sebelah beliau, Haji Ishak Surin, Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah.

By HIDAYATUL JANNAH


ANAK-ANAK Parit, Perak diperantauan digesa membuat persiapan untuk pulang beramai-ramai mengundi di Parlimen Parit dalam pilihan raya kali ini.

"Mereka boleh menyediakan anggaran wang yang cukup, menetapkan jadual cuti kerana balik nanti bukan untuk mengundi semata-mata tetapi tentunya 'balik kampung' serta tolong kempen kepada ibubapa dan sanak saudara di Parit melalui telefon atau ziarah," cadang beliau.

Ia penting bagi mempastikan PAS dan PKR yang bertanding menang 3-0 seperti pilihan raya 1999, hasil dokongan undi semua anak-anak Parit tanpa mengira sempadan geografi pemastautinan.

Gesaan ini dibuat oleh mantan calon PAS Dun Bota, Tarmizi Mohd Jam yang kini Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau yang mengundi di Parit meminta jasa baik semua anak-anak Parit di Lembah Klang khususnya pulang dan mengundi BA di Parit kali ini.

Menurut sumber, PAS Parit akan meletakan Ketua Dewan Muslimatnya, Dr. Najihah Ahmad di kerusi parlimen dan Ustaz Ismi Muhd Taib di Dun Blanja.

Sementara itu, PKR dijangka menampilkan buat kali ketiga Ketua Bahagiannya, Usaili Alias di Dun Bota.

Tiada ulasan: