KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 06, 2008

MAHFUZ Tanding Kubang Pasu, CHET DET Sanggup KEMPEN?

Saya bersama Haji Tajuddin Senafi dalam satu pertemuan di kedai bukunya (Carrefour Wangsa Maju) untuk promosi bisnes dalam Majalah Iktisad baru-baru ini.

By TARMIZI MOHD JAM

SEMPAT saya minum tengah malam bersama Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Mahfuz Omar dan YB Salahuddin Ayub di Restoran Taqwa, malam tadi.

Esok 6 Februari 2008, ada Taklimat dan Pelancaran Manifesto PAS di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, kira-kira jam 9.00 pagi anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Petang tadi, saya diminta Setiausaha PAS Batu, Haji Ismail Yahya untuk hadir bersama YDP, Cikgu Ishak Surin, TYDP Haji Suhaimi Abdul Rahman dan NYDP Haji Jamhor Nawawi ke taklimat tersebut.

Saya minum bersama Mahfuz dan YB Salahuddin, dua blogger Taman Melewar iaitu Penarik Beca dan Wan Jo (Jiwo Kelate).

Macam biasa, pro dan kontra politik BA dikemukakan sebagai tajuk diskusi sementara tea tarik masih dicawan.

Andaian dan analisis desas-desus si folan, si fulan bertanding di sana, di sini digarap santai. Habis semua pemimpin utama PAS dan sesetengah dari PKR, dicatur dan dicongak-congak bertanding di kawasan tertentu, yang hanya kami sahaja yang tahu.

Mahfuz dan YB Sallahuddin bingkas bangun meninggalkan kami. Mengantuk kata mereka yang baru datang dari Perlis.

Diskusi makin panas! Penarik Beca mencadangkan agar Mahfuz atau pimpinan PAS Pusat yang berpengaruh bertanding di Kubang Pasu.

Katanya, Mahathir jamin akan tolong kempen bagi kalahkan Johari Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang kini jadi musuh nombor wahid Mahathir di kawasan itu.

Siapa lagi, tanya saya? Dr. Hatta boleh.

Mat Sabu lagi boleh, kata Penarik Beca.

Tajuddin mencelah, katanya Datuk Johari ada call Mahfuz. Tanya, betulkah dia nak tanding di Kubang Pasu? Kalau boleh janganlah... jelas Tajuddin.

Jenis Mahathir ni, kata Penarik Beca sanggup biayai kempen pejatuhkan Johari. Tapi mesti tokoh yang lawan dia hebat.

Macam Mahfuz, Mat Sabu, Dr. Hatta, Husam dan lain-lain lah, jelas beliau. Tajuddin setuju. Dia tahulah senario di Kedah tu, sebab dia anak Kota Sarang Semut.

Haji Tajuddin Senapi adalah Pengarah Urusan Sarjana Media Sdn. Bhd. yang agak lama saya tidak ketemuinya. Beliaulah yang call saya, agar datang ke Restoran Taqwa itu.

Hajatnya untuk mendapatkan Majalah Iktisad yang kandungannya berkenaan rencana advertorial bisnes Sarjana Media. Saya hulurkan satu bandle dan sepucuk surat invois iklan.

Tajuddin datang ke situ bersama Mahfuz dan YB Sallahuddin yang dikutipnya dari Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Mereka telah pekena "kambing" kat Ampang, sebelum berlabuh di restoran itu.

Wah! Tajuddin sudah menjadi taukeh besar sekarang. Saya mengenali beliau sejak tahun 1990 ketika berniaga bersama GG Edar.

Kini beliau memiliki rangkaian kedai buku di Carrefour, Tesco dan Pudu Raya.

Banyak juga, topik dan info politik diserap ke minda. Pertemuan yang jarang sekali saya ikuti.

Tiba-tiba muncul pula, Ali Maidin. Mantan calon PAS Parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Macam-macam teori dan kisah silam diumpil keluar hingga kami ketawa!

Diskusi bertambah rancak. Ia sangat-sangat berharga!

Saya terpaksa pulang jam 1.00 tengah malam, sebab esok nak berkampung di Markaz PAS Pusat, mendengar, meneliti dan menganalisis apa yang dikatakan Manifesto PAS untuk pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.

Tiada ulasan: