Nampaknya apa yang PAS buat semunay diperhatikan oleh SPR tetapi kesalahan BN terus dibisukan sahaja. Inilah dikatakan badan bebas?
By TARMZI MOHD JAM
CALON PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Ghazali mencabar kerajaan agar memberikan masa satu jam sehari untuk para pemimpin parti alternatif berkempen menggunakan televisyen dan radio.
Beliau "naik angin" apabila pasukan pemantau SPR dan polis yang muncul ke program Ceramah Memperkenalkan Calon di Kg. Datuk Keramat, mencetuskan komplin kononnya tempat ceramah itu tidak sesuai kerana berdekatan jalan raya yang akan mengganggu lalulintas.
Sebelum ini, dalam kempen malam pertama Ceramah Memperkenalkan Calon di Markaz PAS Kg. Baru, pasukan ini bukan sahaja telah mengganggu malah terpaksa penganjur menamatkan program atas arahan mereka kononnya majlis itu "tiada permit".
"Inilah yang kami hadapi. Kami tidak ada tv dan radio. Tetapi BN boleh menggunakan sewenang-wenangnya RTM untuk berkempen. Apa tindakan SPR?" tanya beliau.
"Mengapa SPR tidak pantau RTM? Mengapa SPR tidak pantau BN yang menggunakan bangunan kerajaan? Memperalatkan jentera kerajaan untuk berkempen?" tegas anak Datuk Ghazali itu.
Di Kg. Datuk Keramat, BN telah menggunakan bangunan yang ditinggalkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai Bilik Gerakan mereka. Ini jelas bertentangan dengan etika dan SPR sepatutnya bertindak.
Turut membantu kempen pada malam tadi, Pengarah dan Timbalan Pilihan Raya PAS Wilayah, Ishak Surin dan Tarmizi Mohd Jam serta Pengerusi Kempen PAS Titiwangsa, Ustaz raihan Abdul Aziz.
1 ulasan:
jelas dan nyata sifat-sifat yang ada pada ketua spr dan rakan seangkatan dengannya, perangai dan sifat yang memang iblis dan syaitan paling suka dan gembira, sebab membawa manusia kearah kemusnahan aqidah dan tamaddun manusia.
apa, kau ingat bumi Malaysia ini kau yang punya, untuk dimiliki dengan tidak peduli hak orang lain. zalim ke tak? tengok macam 'orang utan' walau pun tak leh nak fikir seperti manusia tapi keturunan dia orang dilindungi oleh seekor/(seorang?) ketuanya.
betul ke? saya pun kurang pasti!!!hal ini saya kena tanya kat ketua 'orang utan'. kau orang tahu ke alamat e-mail ketua 'orang utan' ni? tolong...........
Catat Ulasan