KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 23, 2008

DUTI STEM Mengejut: "AGENDA JAHAT" SPR Yang Tidak Boleh Dimaafkan!

Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin

By TARMIZI MOHD JAM

PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan keputusan pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memperkenalkan peraturan baru dengan mensyaratkan semua calon-calon pilihan raya mengemukakan Akuan Berkanun (borang 5 atau 5A) dengan duti setem yang telah dibayar, sebagai agenda jahat yang tidak boleh dimaafkan.

Ketika mengegaskan perkara ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Ishak Surin beranggapan, terdapat muslihat di sebalik keputusan itu kerana borang Akuan Berkanun termasuk masih menggunakan borang lama yang tidak memaparkan syarat duti stem berkenaan.

PAS Wilayah Persekutuan sifatkan keputusan mengenakan duti stem pada sebagai "konspirasi jahat" terbaru SPR!

Ishak yakin, pengumuman oleh SPR pada saat-saat akhir menjelang penamaan calon Ahad ini, sebagai bukti "niat jahat" mereka untuk menyusah dan barangkali percubaan mereka untuk menolak kertas pencalonan calon-calon dari parti alternatif.

Arahan yang dikeluarkan semalam iaitu tiga hari sebelum Hari Penamaan Calon ternyata menyukarkan calon-calon yang bakal bertanding.

PAS Wilayah menyokong penuh kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustapha Ali yang menyifatkan peraturan baru ini sangat tidak adil.

Katanya, sepatutnya jika SPR perlu sangat memperkenalkan sebarang peraturan baru ianya perlulah diumumkan sejurus selepas Parlimen dibubarkan, dan tidak disaat-saat akhir seperti ini.

Ishak mempertegaskan, peraturan dan syarat yang menyusahkan calon dan parti-parti yang bertanding hanya akan menyumbang kearah kepincangan dan ketempangan sistem pilihan raya yang sememangnya sudah pincang itu.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Sebenarnya, setahu kami Borang 5 atau 5A tidak dikenakan duti setem sebab :
Perk. (ix) Jad 1 Akta Setem 1949 yang masih berkuatkuasa sehingga kini selepas lalui beberapa pindaan memperuntukkan bahawa mana-mana suratcara yang digunakan sebagai mematuhi syarat mana-mana Kerajaan atau Agensi kerajaan (seperti SPR) dikecualikan daripada duti setem.

Tanpa Nama berkata...

yeezy
supreme new york
golden goose
kyrie 5 spongebob
steph curry shoes
jordan travis scott
fear of god
golden goose
bape hoodie
kobe basketball shoes