KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 16, 2008

PAS Dijangka Tambah Kerusi Melalui Manifesto NEGARA BERKEBAJIKAN Yang Unik!

Haji Ismail Yahya berharap rakyat akan sedar dan memberi undi untuk mengangkat kerajaan BA menggantikan BN pada hari pembungan undi 8 Mac depan.

By TARMIZI MOHD JAM

BENDAHARI Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ismail Yahya yakin, ketrampilan manifesto "Negara Berkebajikan" PAS yang amat unik membolehkan parti itu masuk pilihan raya kali ini dengan satu tawaran yang mengejutkan pemimpin BN.

Tegasnya, PAS bakal membuat kejutan dan akan menambah kerusi Parlimen serta mampu mempertahankan kuasa di Kelantan dalam pilihan raya ke 12 ini, sekalipun tempoh berkempen hanya 13 hari sahaja.

"Manifesto PAS kali ini relevan berbanding janji-janji kosong BN setiap kali pilihan raya. Rakyat patut sedar, petrol akan dinaikkan selepas pilihan raya ini. Jadi, sudah tentulah barang lain juga akan naik," ujar beliau ketika ditemui semalam.

Haji Ismail menegaskan, rakyat kini terpaksa bergelut dengan tekanan ekonomi yang melampau dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barangan keperluan dan ditambah dengan keniakan tambang perkhidmatan awam.

Rakyat makin sempit hidup mereka, sedangkan kroni-kroni pemimpin Umno bertambah kaya apabila pelbagai projek berbillion ringgit seperti WPI, PKFZ, ECER, NCER, Monsoon Cup, Landasan Berkembar, Jabatan Kedua Pulau Pinang dan pelbagai lagi projek yang dicipta, hanya dibolot kroni terpilih.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Batu berharap, rakyat akan sedar dan memberi undi untuk mengangkat kerajaan BA menggantikan BN pada hari pembungan undi 8 Mac depan.

Tiada ulasan: