KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 18, 2008

BN-Barang NAIK: Bila NAIK? Baru NAIK, Berapa NAIK? Banyak NAIK!

"Harga barang naik sebab kerajaan naikkan harga minyak. Kerajaan kedekut, dia tak nak bagi subsidi. Kononnya nak jimatkan RM4.4 bilion.... Memang, lepas harga minyak naik, harga barang semua naik!"

By PENARIK BECA


KERANA saya dari masyarakat kutu, biasanya geng-geng bersembang saya ialah orang bawahan. Setakat ini, isu yang paling laris di kalangan mereka ialah isu kenaikan harga barang.

Bagai biasa, banyak isu yang cuba saya bualkan. Tetapi, isu

kenaikan harga baranglah yang paling laris.Petang semalam, saya bersembang dengan seorang peniaga makanan.

"Susah, bang. Kalau jual seringgit tiga, kita rugi. Minyak (masak) dah naik harga, tepung naik harga. Jual 40 sen satu pulak, orang komplen.

Sejak naik 40 sen ni, selalu sakit telinga (pelanggan marah), bang," kata beliau. Saya tak jawab apa-apa. Tetapi lepas tu, entah macam mana saya kata: "BN, barang naik".

Dia pulak terus tanya saya: "Habis, tak payah undi BN (Barisan Nasional)?" Tak sangka. Saya pula yang tak pandai jawab. Saya hanya kata: "Saya tak pernah undi BN". Saya harap dia akan tanya kenapa.

Bolehlah saya bersyarah. Tetapi, dia hanya tergelak dan tak tanya pun. Dah dia tak tanya, saya sambung sendiri tanpa ditanya-tanya.

"Harga barang naik sebab kerajaan naikkan harga minyak. Kerajaan kedekut, dia tak nak bagi subsidi. Kononnya nak jimatkan RM4.4 bilion...." Tak dan nak habis cakap dia menyambung: "Memang, lepas harga minyak naik, harga barang semua naik.

Belanja nak angkut barang naik, tol naik, duit api (tarif elektrik) naik, duit air naik. Semua naiklah! "Saya tidaklah beritahu beliau bahawa Datuk A Kadir Jasin
kata, harga minyak hari ini tentunya akan membebankan lagi rakyat jelata.

Mula-mula sekali, pengangkutan akan naik. Lepas itu harga barang-barang pengguna akan naik. Bersama-sama dengan itu, naik jugalah kadar inflasi.

Saya tidaklah juga kata selepas harga minyak, kadar inflasi naik sehingga 4.8 peratus di dalam bulan Mac 2006, yang paling tinggi dalam enam tahun atau pakar ekonomi di Affin Securities, Suhaimi Ilias pada waktu itu berkata, kenaikan harga minyak merupakan sebab yang pasti kepada kenaikan kadar inflasi.

Manalah saya nak ingat semua tu. Manalah saya nak ingat
pertanyaan bernas Datuk A Kadir Jasin: "Kenaikan tarif elektrik ini berlaku tiga bulan selepas harga petrol dan diesel naik 30 sen seliter kerana kerajaan mengurangkan kadar subsidi petroleum.

"Kalau pengguna terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak kerana kerajaan mengurangkan subsidi dan kini tarif elektrik pula dinaikkan, soalnya mengapakah subsidi gas asli kepada IPP diteruskan (IPP atau Independent Power Producers mendapat subsidi gas
RM 6.7 bilion setahun)?

"Bukankah lebih lojik bagi kerajaan membantu rakyat jelata, khasnya golongan miskin, daripada memberi subsidi kepada IPP? Setelah sekian lama beroperasi dan mendapat harga yang baik daripada TNB, wajarkah IPP terus diberi subsidi gas?"

Ketika bersembang-sembang, manalah saya nak ingat sejarah kenaikan harga minyak, walaupun saya tidak lupa bahawa ini adalah zaman Bapa Naik Minyak (BNM).

Berikut ialah sejarah kenaikan harga minyak:
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02) Bapak Naik Minyak (BNM)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)


Tetapi, saya tidak lupa menceritakan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kenaikan harga minyak
boleh dielakkan.

Pun begitu, saya tidaklah ingat apa Dr Mahathir kata. Rupa-rupanya beliau berkata: "Saya rasa kenaikan harga minyak di Malaysia tidaklah terlalu banyak tetapi kita boleh mengelakkan kenaikan itu dengan beberapa cara," katanya hari ini.

Dengan mengukuhkan nilai ringgit, katanya, kesan harga minyak dunia yang tinggi dalam mata wang dolar Amerika (AS) ke atas harga bahan bakar tempatan, adalah sedikit.

"Saya juga rasa yang wang kita kurang nilai. Jika kita mengukuhkan mata wang kita, kita sebenarnya tidak perlu menaikkan harga minyak.

"Kerana dengan mengukuhkan mata wang kita, harga minyak sebenarnya tidak akan menjadi terlalu tinggi," tambahnya.

Saya juga memberitahu mereka bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kata, harga minyak sebenarnya
boleh diturunkan dan Malaysia tak akan bankrap.

Mengenai kenaikan harga barang, tak pernah saya lupa untuk menceritakan bahawa kenaikan harga barang berlaku kerana negara kita ada banyak raja palsu -
raja gula, raja AP, raja telekomunikasi, entah apa-apa raja lagi.

Tetapi, kadang-kadang susah juga nak ceritakan apa itu monopoli. Nak bagi mereka faham, lebih kurang beginilah saya bercerita: "Kerajaan memang takut nak mampuih dengan raja-raja lintah darat tu. Apa kerajaan buat bila harga
gula dan tepung naik sebelum ni?

"Jangankan dengan raja gula ka, raja tepung ka. Dengan raja ayam pun takut terkecut-kecut. "Berani apa kalau masa raya hari tu ayam pencen pun RM8 seekor? Nak makan rendang ayam pencen pun mahal nak mampuih!"

Tu pun Perdana Menteri boleh kata kita selesa, kita
bahagia.

Apa punya Perdana Menteri. Kata bodo dia marah. Nak kata apa? Nak undi BN lagi? Tak serik-serik ka?!!

"Aku nak tanya lagi, hampa rasa Perdana Menteri cerdik ka, bodo ka? "Ramai yang menjawab... susah juga nak tulis jawapan mereka.

Kalau saya tulis mereka kata Perdana Menter bodoh, takut terasa hati pula orang yang dituduh
kaki tidur masa kerja itu. Saya terus bersyarah (kononnya!).

Saya kata, punca kenaikan harga barang ialah kerajaan. Saya kata: "Kerajaan setakat berani suruh pegawai-pegawai dia serbu, tunjuk lagak, tunjuk bagak kat yang berniaga runcit, mamak roti canai dan orang-orang bawah ja.

Segala raja gula, raja tepung, raja ayam pencen mana dia berani! "Tetapi manalah saya nak ingat lagu "Roti oh Roti" yang jelas menunjukkan kerajaanlah punca kenaikan harga barang:

Roti oh roti kenapa harga naik?

Macam mana aku tak naik, tepung naik, harga tepung naikIkan oh ikan kenapa harga naik?

Macam mana aku tak naik, tambang lori naik, tambang lori naikLori oh lori kenapa tambang naik?

Macam mana aku tak naik, harga diesel naik, harga diesel naikMinyak masak oh minyak masak kenapa harga naik?

Macam mana aku tak naik, harga sawit naik, harga sawit naikTol oh tol kenapa engkau naik?

Macam mana aku tak naik, konsesi agreement sudah setujuKonsesi agreement oh konsensi agreement kenapa tol naik.

Macam mana aku tak naik, Samy sudah setuju, Samy sudah setuju

Berkaitan:

PM puas hati rakyat terima kenaikan harga minyak

Harga minyak: Husam sanggah dalih Abdullah

Lebih 100 bantah, gesa bebaskan 46 peserta Protes

BN – Barang Naik, Bila Naik – Baru Naik, Berapa Naik – Banyak Naik
(Datuk Dr Haron Din)
Negara Berkebajikan PAS mampu elak BN bankrapkan negara
(Harakahdaily)

Tiada ulasan: