SEGMEN DESAS-DESUS PILIHAN RAYA
Datuk Ibrahim Ali dijangka membuat kejutan dalam pilihan raya kali ini dengan bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas.
By TARMIZI MOHD JAM
PENGERUSI Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Datuk Paduka Ibrahim Ali disebut-sebut akan bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas, dalam pilihan raya kali ini.
Menurut sumber, beliau diberi laluan oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan dan PAS Kawasan Pasir Mas bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
Dalam pilihan raya lalu, Ibrahim bertanding atas tiket bebas menentang calon PAS dan BN. Pilihan raya sengit itu telah menyaksikan calon PAS, Ustaz Ismail Noh berjaya menewaskan mereka.
Dalam pilihanraya kecil Dun Pangkalan Pasir, PAS dijangka menang jika Ibrahim tidak meletakkan dirinya bertanding sebagai calon bebas. Undi yang diperolehi Ibrahim, jika diterjemahkan sebagai protes kepada calon BN, mampu memenangkan PAS waktu itu.
Kata desas-desus Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, PAS Kelantan "terpaksa" mengemukakan Ibrahim Ali bagi membolehkan ketiga-tiga Dun dikuasai penuh oleh parti itu.
Ibrahim sebelum menyertai Semangat 46, adalah Exco Pemuda Umno Malaysia. Beliau kembali bersama Umno bersama Tengku Razaliegh Hamzah dan akhirnya dilantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, sewaktu Mahathir Perdana Menteri. Kemudian beliau dipecat dari Umno.
Baru-baru ini, Ibrahim Ali bersama Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu serta Pengerusi Strategik PKR, Saifuddin Nasation telah memulakan gerak-gempur Parlimen Pasir Mas di Stadium Pasir Mas.
Jika tidak disebotaj oleh pihak Umno, kata satu sumber, kehadiran ceramah mega yang dianjurkan itu boleh mencecah sehingga 20, 000 orang.
Bagaimanapun, menurut seorang blogger, jumlah 10,000 yang dikatakan memenuhi stadium sudah cukup untuk memberi signal bahawa pengundi Pasir Mas masih setia bersama pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini.
Jumlah itu sudah cukup kuat, dalam senario beribu-ribu poster pengumuman "Batal Ceramah" yang dicetak khas dan sebaran SMS yang cuba untuk menggagalkan para pengundi turun mendengar amanat ke tiga-tiga tokoh tersohor itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan