KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 14, 2008

TIGA Calon IMPORT Beradu Nasib Di KELANTAN?

SEGMEN DESAS-DESUS PILIHAN RAYA

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Bendahari Agung PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli disebut-sebut akan bertarung sebagai calon import di Bachok dan Pasir Putih?

By TARMIZI MOHD JAM

SELAIN Kubang Krian mengekalkan wakil rakyat importnya, YB. Salahuddin Ayub, dua kawasan parlimen khabarnya akan diperjudikan kepada dua tokoh PAS Pusat di Kelantan dalam pilihan raya kali ini.

Kawasan yang disebut-sebut akan ditandingi pemimpin utama PAS sebagai calon import itu ialah Parlimen Bachok dan Pasir Putih.

Menurut sumber, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dijangka akan bertanding di Bachok setelah beberapa cadangan dan rintangan mendapatkan kerusi lain gagal.

Sebelum ini, pemimpin muda PAS berasal dari Negeri Sembilan itu disebut-sebut akan dibertanding di Parlimen Rantau Panjang, kemudiannya berpindah ke Pangkalan Chepa.

Beberapa hari lalu, Bernama melaporkan Nasaharuddin akan bertanding di Gombak setelah kerusi itu dikosongkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasannya, Dr. Mohd Hatta Ramli.

Bagaimanapun, sebelum itu, khabar-khabar angin menyebut beliau akan mengambil kerusi Kubang Krian dari Salahuddin Ayub dan menolak Ketua Pemuda PAS Pusat itu ke Parlimen Bachok.

Satu lagi kawasan parlimen yang akan ditandingi calon import ialah Pasir Puteh. Nama popular yang disebut-sebut ialah Bendahari PAS Pusat yang juga calon Parlimen Gombak dua musim berturut-turut, Dr. Mohd Hatta Ramli.

Menurut sumber, kerusi ini juga turut direbut oleh Muslimat PAS Pusat, tetapi perkembangan muktahir menunjukkan dan masih berpihak kepada Dr, Mohd Hatta.

Tiada ulasan: