KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 14, 2008

SAIFUDDIN NASATION Berentap Pula Di Parlimen Machang?

SEGMEN DESAS-DESUS PILIHAN RAYA

Tokoh muda berkarisma, Saifuddin Nasation dijangka bertarung di Parlimen Machang menentang calon BN.

By TARMIZI MOHD JAM

PENGARAH Strategik PKR, Saifuddin Nasation dijangka menang jika khabar-khabar angin yang menyatakan beliau akan bertanding di Parlimen Machang menjadi kenyataan.

Saifuddin adalah ahli PAS Pokok Sena, Kedah yang dipinjamkan oleh PKR atas kehendak Penasihat Umumnya, Anwar Ibrahim memegang jawatan Pengarah Strategik parti itu.

Sebelum menyertai Umno bersama mantan Naib Presiden PAS, Nakhaei Haji Ahmad, beliau adalah pemimpin pelapis PAS yang berpontensi. Kedudukan akhirnya dalam Pemuda Umno ialah Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, sebelum meninggalkan parti assobiyyah itu.

Ketika Anwar Ibrahim dipecat dari Umno, Saifuddin menyertai Parti KeAdilan dan menang bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Lunas, Kedah yang sarat dengan kontroversi.

Parlimen Machang khabarnya telah diserahkan kepada PKR atas strategik bersama bagi membolehkan Saifuddin bertanding atas tiket parti itu.

Tiada ulasan: