KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 14, 2008

DATO' KJ, MAHFUZ Dan USTAZ IDRIS Dijangka BERTAHAN Di Kawasan Lama?

SEGMEN DESAS-DESUS PILIHAN RAYA

Desas-desus kononnya Mahfuz akan bertanding di Kubang Pasu masih belum terjawab walaupun ada sumber menyatakan beliau akan bertahan di Pokok Sena!

Ustaz Idris Ahmad, pemimpin muda yang patut didengar suaranya di Parlimen. Beliau dijangka bertanding di Parlimen Jerlun.

By TARMIZI MOHD JAM

KETUA Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dijangka mempertahankan kawasan Parlimen Pokok Sena, yang pernah dimenanginya dalam pilihan raya umum 1999 lalu.

Beliau yang disebut-sebut sebelum ini akan bertanding di Parlimen Kubang Pasu menentang Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk Johari Baharom dijangka kekal bertahan di Pokok Sena, sekalipun ada ura-ura Tun Mahathir akan membantu kempen dan membiayai kos kempen bagi menjatuhkan Johari.

Sementara itu, mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Haji Ahmad juga didesas-desuskan akan mempertahankan kerusi lamanya, Parlimen Jerlun kali ini.

Ustaz Idris yang mendapat undi kedua tertinggi sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS dikatakan sudah mula turun berkempen sejak beberapa bulan lalu di kawasan ini.

Beliau mula dikenali melalui pilihan raya kecil Dun Changkat Jering, tempat kelahirannya di kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, juga dijangka akan dikekalkan bertanding kerusi Parlimen Tumpat yang dimenanginya sekarang.

Namun terdapat ura-ura untuk meletaknya bertanding di kerusi Dun bagi membolehnya dilantik Exco Kerajaan Kelantan dan membantu perkukuhkan PAS di negeri itu.

Tiada ulasan: