KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 14, 2008

PAS Wilayah TOLAK Malek Husin Dan MAFREL Yang Diiktiraf SPR!


Haji Ishak Surin bimbang, Mafrel akan dijadikan "kuda tunggangan" Abdul Malek bagi mendapatkan maklumat dalaman, masuk ke bilik gerakan BA, berpura-pura memantau pilihan raya, tetapi terdapat agenda yang tersirat yang akhirnya menikam PAS dari belakang sekali lagi untuk kepentingan SPR!

By TARMIZI MOHD JAM


PAS Wilayah Persekutuan tidak mengiktiraf badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia(Mafrel) sebagai pemerhati pada pilihan raya umum ke 12 ini.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Ishak Surin, Mafrel yang diketuai oleh Abdul Malek Husin dan diiktiraf peranannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidak akan mendapat sebarang kerjasama dari PAS Wilayah Persekutuan dan kawasan-kawasan yang bertanding.

PAS, katanya memandang serius sikap tidak bertanggungjawab dan khianat yang ditunjukkan Abdul Malek kepada parti itu dalam pilihan raya umum ke 9, apabila beliau yang diamanahkan bertanding dalam pilihan raya mewakili PAS di Parlimen Bandar Tun Razak bertindak "menikam parti" dari belakang, lari dan mengistiharkan menarik diri hingga memberi kemenangan kepada calon BN secara percuma.

Haji Ishak menyifatkan insiden itu suatu tragedi tragis terhadap parti apabila amanah yang diberi dikhianati sewenang-wenangnya sekaligus menghancurkan kepercayaan PAS terhadap dirinya.

"Adakah kita boleh percaya orang seperti ini. Dalam keadaan dia (Malek) berbai'ah pun, dia berani khainat, inikan pula dalam soal yang tiada kaitan dengan bai'ah dengan Allah dan Rasulnya," tegas Haji Ishak.

Beliau bimbang, Mafrel akan dijadikan "kuda tunggangan" Abdul Malek bagi mendapatkan maklumat dalaman, masuk ke bilik gerakan BA, berpura-pura memantau pilihan raya, tetapi terdapat agenda yang tersirat yang akhirnya menikam PAS dari belakang sekali lagi.

"Cukup bagi dia (Malek) mengeluarkan satu kenyataan nanti, pilihan raya ke 12 telus dan adil. Ini akan dijaja oleh SPR ke seluruh dunia dan sekaligus menidakkan tuntutan pembangkang (Bersih) untuk mendapatkan pilihan raya yang adil, bersih dan telus," tegasnya.

PAS Wilayah amat curiga dengan Abdul Malek dan pengiktirafan SPR terhadap peranan Mafrel yang diketuainya.

Pengkhianatan yang ditunjukkan oleh Malek terhadap PAS, kata Haji Ishak, mungkin akan berulang dalam bentuk yang lain.

Beliau juga hairan, bagaimana Mafrel boleh diiktiraf oleh SPR, agensi kerajaan di bawah Perdana Menteri?

Bukan mudah SPR mahu mengiktiraf badan-badan yang boleh dianggap mampu "menikamnya", tanya Haji Ishak lagi.

Selasa lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman telah mengeluarkan surat pengiktirafan kepada Mafrel sebagai pemerhati tempatan pada pilihan raya umum ke 12 ini.

SPR bersetuju untuk mengiktiraf Mafrel dalam mesyuaratnya pada 22 Januari lalu.

Pengiktirafan itu, kata Rashid, Pengerusi SPR yang penuh kontroversi, mampu menutup mulut pembangkang yang sering melabelkan pilihan raya di negara ini sebagai tidak bebas.

Surat pengiktirafan yang ditandatangani Rashid itu, juga melahirkan harapan bahawa peranan yang bakal dimainkan Mafrel akan membantu SPR mempastikan pilihan raya berlangsung secara telus.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dilubang yang sama ! kenapa SPR tidak membenarkan pemerhati dari luar.Seperkara lagi ttg celup dakwat tu sudahkah digazetkan oleh SPR?

Tanpa Nama berkata...

Sokong tindakan tegas Cikgu Ishak Surin. Jangan kira pandangan Pusat. Kita tahu, siapa Malek Husin. Tolak Mafrel bermakna tolak Malek Husin. Dia pengkhianat Islam, pengkhianat Pas, pengkhianat JPK PAS BTR. Tahniah dan syabas kpd PAS Wilayah yang sering berani bertindak tanpa takut.

Unknown berkata...

apa-apa perkara yang mendatangkan mudharat dan musibah kepada jemaah/kumpulan yang ingin KEREDHAAN ALLAH, kita jelaskan dan kita buang sejauh mungkin agar ia tidak lagi memudharatkan jemaah.
sebab itu setiap orang dalam jemaah bertanggungjawab dalam memelihara ukhwah dan keimanan, sebab itu kita digalakkan tegur menegur, yang baik/maarof kita galakan dan yang buruk/mungkar kita larang/halangi dari dilakukan. agar terasa aman bila berada dalam jemaah tersebut.
begitu juga dalam hal mafrel. jika ada perkara yang mendatangkan musibah kepada PAS harap semua orang berwaspada dan mohon pertolongan Allah agar semua ahli jemaah selamat dari gangguan dan musibah tersebut,

Tanpa Nama berkata...

satu lagi, memang mafrel ni dapat duit dari luarnegeri

Tanpa Nama berkata...

Komen kat blog ini bagus2 belaka. Tapi ada satu komen kat KLpost yang lunak tapi pedas. Adakah patut Malek nak disamakan macam Anwar yang dulunya Umno, sekarang Pas boleh terima. Soal Malek ialah pengkhianat khianat. Anwar dia pilih Umno, cuma Pas harap masuk parti itu. Anwar tikam Pas dari luar, Malek tikam Pas dari dalam.
Bila khianat, siapa nak percaya lagi. Oiii suruh sangka baik. Mun kalu boleh disangka baik, lebih kita bersangka baik saja dekat BN dan Pak Lah. Lagi mudah. Kalau jadi apa2, itu dia dengan Allah...

Tanpa Nama berkata...

Pendirian Pas Pusat camna? Sokong ke minatang Mafrel nih? Apa yang Mafrel nih boleh buat dlm praya kali ini? Aku bengang sebab Mafrel dah siang2 jadi talibarut SPR. Maknanya, yang untung SPR bukannya BA. Biarkan Mafrel pantau cara dia. BA jangan bagi kerjasama orang macam ini. Nanti dia naik tocang.