By TARMIZI MOHD JAM
PENGENDALI Blog Kapak Jangak, Ramli Abdul Halim berikrar akan mewujudkan kembali blog yang baru digodam semalam, mulai esok dengan menggunakan maskhead yang sama tetapi dengan password baru yang lebih selamat.
Katanya dalam satu kenyataan melalui ruang komen sanggahtoksago.blogspot hari ini, nada dan corak persembahan akan dikekalkan dengan identitnya yang sedia ada.
Yang berbeza ujarnya, mungkin dari sudut bedak gincunya.
“Saya tadinya bercadang melalui blog saya akan posting wajah Mingguan Fajar Islam yang akan diedarkan dalam tempoh sehari dua ini. Tetapi, rupanya blog saya dah dimusnahkan,” tambah beliau penuh kesal.
Sementara pembinaan semula Blog Kapak Jangak selesai sepenuhnya, Ramli berharap para penyelau-kelih Blog Kapak Jangak boleh mengunjungi Blog Sanggahtoksago untuk menatap wajah Mingguan Fajar Islam.
8 ulasan:
Ustaz! Saya dah hantar emailkan muka depan Fajar Islam melalui alamat email ustaz, edtorxkutf@yahoo. com dan ustaz boleh pungut untu dipublish dalam blog ustaz,
2. Saya dah bangunkan melikapakjangak@blogspot.com bagi mengantikan blog saya yang dimusnahkan tetai baru posting sat bahan...dah ghaib semula.
3. Saya sedang bina dan bangunan semula, para penyilau-kelih blog saya jangan bimbang...sekli saya genggam bara tahuya akan jadi abu. Kapak Jangak akan mengambil bahagian membicarakan tentang PRU12.
RAMLI ABDUL HALIM
Ustaz! Saya dah hantar emailkan muka depan Fajar Islam melalui alamat email ustaz, edtorxkutf@yahoo. com dan ustaz boleh pungut untu dipublish dalam blog ustaz,
2. Saya dah bangunkan melikapakjangak@blogspot.com bagi mengantikan blog saya yang dimusnahkan tetai baru posting sat bahan...dah ghaib semula.
3. Saya sedang bina dan bangunan semula, para penyilau-kelih blog saya jangan bimbang...sekli saya genggam bara tahuya akan jadi abu. Kapak Jangak akan mengambil bahagian membicarakan tentang PRU12.
RAMLI ABDUL HALIM
Assalamualaikum Ustaz Ramli,
Ana dah tengok dalam emel tak ada. Rasnya salah alamat emel tu. Ustaz hantar sekali lagi imej cover Fajar Islam itu ke alamat berikut: editorxkutif@yahoo.com.my - tadi Ustaz hantar tak ada my hujung emel ana tu.
Wassalam.
Tarmizi Mohd Jam
sanggahtoksago.blogspot.com
Blog baru saya dah dibangunkan dan boleh dilyari melalui alamat http://www.melikapakjangkak.blogspot.com
- Ramli Abdul Halim
Boleh ka Kapak Jangak (Baru) nih tajam macam dulu setalah digodam teruk penggodam siber dan disaman oleh Husam Musa? Harap2 MELI tapislah dulu bahan-bahan yang dihantar oleh pengunjung tuh! Bukan semuanya amanah dan beretika. Nanti ada orang guna Kapak Jangak untuk mengapak kepala orang tertentu dan pastinya pemimpin Pas Kelate. Ada banyak cara, untuk MELI elakkan dari jadi perkakas sang pendendam terhadap sesiapa sahaja dalam Pas Kelate. Kena tanyalah demo punya pembangun blog demo tuh. Pasti dia tahu cara-caranya.
Sebenarnya saya dah tinggal ulasan pd posting sblm posting.. saya copy balik (+ edit sedikit) sebab rasanya lebih baik letak pd posting terbaru ni..
Salam Tarmizi! Patut pun dalam 2-3 hari ni mcm ada yg tak kena je dgn blog tersebut.. Sebenarnya bagi yang dah biasa menggunakan blogger@blogspot atau apa saja blog percuma perlu menanggung risiko kehilangan seperti yg berlaku pd sdr ramli tu. pada perkiraan saya sebenarnya kes sebegini tidak semestinya digodam atau dikhianati tetapi lebih kepada masalah di pihak blogger@blogspot itu sendiri yg memang memang mrk dgn sebab yg tidak diketahui oleh tuan punya (kita yg reg) terus ditarik balik atau dilenyapkan blog kita. DAH NAMANYA PUN BLOG PERCUMA! saya ulangi BLOG PERCUMA! kita yang register ni bukannya pemilik mutlak.. kita org yang berdaftar sahaja bukan pemilik sebenar. Dan lebih takjub lagi kebiasaannya terjadi pada blog yang dah mempunyai nama (bukan sahaja blog politik, malah blog peribadi pun) Jadi untuk mengatakan bahawa blog ini digodam pada pendapat saya, hanya mereka yg kurang arif sahaja akan mengata begitu. Mungkin ada yg menyoal kenapa blog Ramli shj tidak blog lain.. sebenarnya perkara ini kekadang tu terjadi secara kebetulan.. kenapa kebetulan? ye lah orang kata blog kapak jangak kontroversi dsbg, jadi tentulah orang akan kata digodam.. jadi utk hendak mengetahui betul2 sebab musabab kenalah rajin bertanya pihak blogger@blogspot atau google. Insya-Allah biasanya mereka akan menjawab, tapi kita kena bertanya, kalau harapkan mereka bg penjelasan jawabnya NO! .. oleh krn Sdr Tarmizi rapat dgn Sdr Ramli cubalah beritahu beliau perkara ini.. nasihat saya sblm beliau menuduh sesiapa lebih baik bertanya dgn google dahulu.. (Member saya pun dah ramai terkena dgn blogspot mereka).. kalau bernasib baik blog itu dapat kembali kalau tidak memang kosong. Sebab itu saya sendiri cepat2 reg dgn pihak hosting berbayar (saya juga mempunyai blog PERCUMA di blogspot) supaya jika sesuatu yg tidak diingini berlaku tidaklah kelam kabut sangat. Ya! tidak semestinya blog di hosting sendiri selamat 100% tapi amat jarang berlaku (dan kita mudah merujuk pihak berkenaan) Bagaimanapun ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.. memandangkan saya juga peminat setia kapak jangak maka saya rasa tidak salah saya buat penjelasan ini, nak terima atau tidak terpulanglah..
p/s walaupun begitu kemungkinan ada pihak menggodam ada kemungkinan juga, tapi lebih siasat dgn google terlebih dahulu. wallahua'lam. salam buat sdr Ramli.. sahabat lama di UPKN
mari saya sebut cerita sebenar di sebalik kehilangan blog kapak jangak yang asal...
sebenarnya yang menghilangkan blog itu ialah meli sendiri. sebab dia dah kecut perut dengan surat husam yg minta supaya tarik balik artikel yang menghentamnya.
meli nak padamkan artikel tu,jatuh maruahnya. so,cara mudah ialah hilangkan blog lama...dan buat blog baru.... artikel yang buat husam marah tu takdelah.... :-) tak gitu meli? alaaa....terus terang jelah
betul..saya setuju dgn komen tanpanama.. meli sendiri yang menghilangkan blognya... sapa kenal meli tau apa yang dimaksudkan
Catat Ulasan