KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 16, 2008

RAKYAT Dibelantan, Digari JIKA BANTAH Kenaikan Harga Barang!

Dr. Lo Lo antara pemimpin muslimat yang sering turun padang memperjuangkan nasib rakyat dalam isu kenaikan harga barang...

By TARMIZI MOHD JAM


KERAJAAN BN benar-benar tidak mesra rakyat sebaliknya menghentam dan menukul kepala rakyat apabila rakyat bangkit membantah kenaikan pelbagai harga barang di negara ini akibat kenaikan harga minyak.

Ini terbukti, apabila rakyat mengadakan beberapa siri perhimpunan membantah kenaikan harga barang di KLCC, polis digunakan BN untuk menghambat, mengherdik dan menangkap mereka dan pihak penganjur, PROTES.

Tindakan berani BA melalui PROTES memperjuangkan hak rakyat dibalas dengan gas pemedih mata, ketukan kayu corta, air kimia dan gari semata-mata mahu membebaskan rakyat dari penindasan BN.

Keprihatinan hidup rakyat menanggung kenaikan sara hidup langsung tidak dipedulikan BN. Tabik hormat patut diberi kepada pemimpin Protes kerana berani berdepan risiko, asalkan kepentingan rakyat dapat dijulang.

Antara nama-nama hebat termasuklah Mohd Sabu, Dr. Hatta Ramli, Salahuddin Ayub, Dr. Dzulkifli Ahmad, Nuridah Salleh, Dr. Lo Lo Ghazali, Tian Chua, S Arutchhelven , Yap Swee Seng, Dr. Nasir Hasyim dan beberapa orang lagi.

Pada 26 Januari 2008, 58 orang ditangkap dalam perhimpunan aman membantah kenaikan harga barang dalam peristiwa yang dikenali sebagai "Bloody Sunday" di hadapan KLCC.

Tiada ulasan: