KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 16, 2008

Khir Toyo TERPERANGKAP Dengan Permainan KHAIRY-MIKE TYSON?

TPJ Wilayah, Ustaz Nazir Zakaria sifatkan Khir terperangkap dengan permainan Khairy menjenamakan semula Mike Tyson dalam pilihan raya kali ini!

By TARMIZI MOHD JAM

JIKA Mantan Menteri Besar Selangor yang paling kontrovesial, Muhamad Muhd Taib "lulus" ujian BPR dan layak menjadi calon dalam pilihan raya kali ini, sudah tentu terdapat "pembohongan" besar dari mulut Khir Toyo kononnya calon-calon BN akan ditapis oleh badan itu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nazir Zakaria, adalah amat melucukan apabila Khir mencadangkan nama Mike Tyson sebagai calon pilihan raya sedangkan Ketua Penerangan Umno itu bukan sahaja terlibat membawa duit tunai berkila-kilo ke Australia, malah muth'ah perceraiannya dengan anak Sultan Selangor sahaja mencecah RM16 juta.

"Di mana Mike Tyson dapat duit sebanyak itu? Kalau dikumpulkan gajinyapun, tak cukup untuk semua itu," tegas beliau yang juga Yang Dipertua Putrajaya.

Katanya, walaupun Mike Tyson bangkrap akhlak dan dipalit dengan kes-kes "rasuah" yang tidak dapat dibuktikan, namun Khir yang menjadi musuh Khairy Jamaluddin terpaksa memberi laluan kepada Mike Tyson atas kehendak anak Badawi.

Khir adalah seteru Khairy sejak dulu lagi dan penjenamaan semula mantan MB Selangor itu adalah perkiraan Khairy untuk mengimbangkan pengaruh Khir.

Tiada ulasan: