KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 07, 2008

TG NIK AZIZ LETAK JAWATAN MB Selepas Pilihan Raya Ke 12?

Apakah pengumuman letak jawatan selepas pilihan raya suatu strategi TG Nik Aziz yang berkesan menghadapi pilihan raya ke 12 ini?

By UTUSAN MALAYSIA

KOTA BHARU 5 Feb - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjangkakan beliau dapat melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan selepas Pas menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, jika Pas diberi mandat semula untuk mentadbir negeri itu oleh rakyat, beliau akan memanggil badan perhubungan parti untuk membuat pemilihan siapakah yang layak mengambil alih kepimpinan negeri dengan cara pencalonan sulit.

Bagaimanapun jelas Nik Aziz, jika semua pihak masih memilihnya untuk kekal, beliau akan akur dan terus memimpin Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990.

Tiada ulasan: