KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 17, 2008

1,000 Petugas Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan Gempur TITIWANGSA dan PUTRAJAYA

Haji Ishak percaya, PAS akan memberikan tentangan sengit di Titiwangsa dan Putrajaya kali ini, dan akan mempastikan menang dikedua-kedua kawasan yang ditandingi.

By TARMIZI MOHD JAM

PAS Wilayah Persekutuan menggerakkan lebih 1,000 petugas pilihan raya bagi menggempur Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya, dua kerusi yang diperuntukan untuk PAS bertanding di ibu kota.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Haji Ishak Surin, gerak-gempur ini disulami pelbagai program mesra rakyat disamping aktiviti meningkatkan motivasi petugas dari masa ke semasa.


Beliau ditemui selepas Program Hi-Tea PAS Titiwangsa bersama Mantan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan AJK PAS Pusat, Dr. Lo Lo Datuk Hj. Ghazali di Markaz PAS Darul Ummah, Kg. Pandan petang semalam.


Katanya, PAS telah mengatur beberapa program besar termasuklah Jelajah Presiden PAS ke Putrajaya dan Titiwangsa pada 19hb. Februari ini.


Pada sebelah malamnya, pengumuman calon dan ceramah mega Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan diadakan di Markaz PAS Darul Ummah, Kg. Pandan.


Kemudian Munajat Perdana & Bai'ah Calon akan diadakan pada 21hb. Februari di Surau Biru, Datuk Keramat, bermula Maghrib. Pada hari itu, semua ahli dan penyokong PAS diminta berpuasa sunat dan berbuka puasa bersama di surau tersebut.


Semua petugas pilihan raya seluruh Wilayah diwajibkan hadir kerana mereka juga akan melakukan ikrar petugas bagi memantapkan gerakerja pilihan raya kali ini.


Haji Ishak percaya, PAS akan memberikan tentangan sengit di Titiwangsa dan Putrajaya kali ini, dan akan mempastikan menang dikedua-kedua kawasan yang ditandingi.

Tiada ulasan: