KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 17, 2008

Sokongan Terbuka Kepada DR. LO' LO', Calon PAS Titiwangsa BERMULA ...

Dr Lo’ Lo’, AJK PAS Pusat telah diputuskan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa. Pada hari Sabtu 9 Februari lepas, beliau bersama petugasnya mula turun ke kawasan itu sebagai bakal calon PAS.

By TARMIZI MOHD JAM


Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali, bukan asing buat BA. Anak Parit yang merantau dan bermastautin di Titiwangsa ini, seorang yang berketrampilan, aktif serta berani.

Sebagai pemimpin muslimat dalam PAS, kelibatnya cukup meyakinkan untuk pengundi menyokongnya. Pembelaannya terhadap nasib rakyat berterusan.

Jadi tidak hairanlah, kempen-kempen yang dijalankan melibatkan beliau sebelum pembubaran perlimen, terus mendapat sambutan. Dr. Lo Lo ibarat permata buat PAS dan kekuatan gagah bagi PAS Titiwangsa, yang tersembunyi sebelum ini.

SIASAH Online, 17 Februari telah melaporkan gerak kempen pilihan raya Dr. Lo Lo sekitar Titiwangsa.

Kata Siasah, apa perasaan anda ketika anda sedang berkempen, tiba-tiba seorang pendengar naik ke atas pentas dan menawarkan diri untuk berucap dan turut menyatakan sokongan
terbukanya kepada anda.

Itulah yang berlaku kepada bakal calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali apabila tiba-tiba seorang perempuan India datang ke tempatnya berucap dan meminta untuk berucap kepada orang ramai.

Wanita India itu kemudiannya naik ke atas kenderaan pacuan empat roda tersebut (di bahagian belakang Storm) dan berucap kepada orang ramai dan meminta mereka memberikan undi kepada Dr Lo’ Lo’.

Itulah pengalaman manis yang dialami oleh Dr Lo’ Lo’ ketika hari-hari awal beliau memulakan kempennya di Titiwangsa sebelum parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri.

Dr Lo’ Lo’, AJK PAS Pusat telah diputuskan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa. Pada hari Sabtu 9 Februari lepas, beliau bersama petugasnya mula turun ke kawasan itu sebagai bakal calon PAS.

Dr Lo' Lo' memulakan gerak kerja itu seawal jam 9.00 pagi. Beliau bersama petugasnya berkumpul di Pasti Al Hidayah, Kampung Baru.

Kawasan pertama yang beliau lawati adalah Pasar Keramat diikuti dengan Flat Keramat Jaya, Flat Kampung Padang dan seterusnya Quarters Hospital Kuala Lumpur.

Beliau juga bertemu dengan orang ramai yang makan di kedai-kedai makan sekitar Chow Kit dan Kampong Baru.

Dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda, Dr Lo Lo memberikan ucapan kepada masyarakat tempatan yang beliau lawati.

Bagi menunjukkan sokongannya, suami beliau, Dr Aminudin bin Abdul Hamid Karim, 53, telah bersama beliau sepanjang sessi berkenalan dengan pengundi itu.

Yang menariknya, Dr Aminudin akan melakukan larian solo sejauh 12 km untuk mengutip derma bagi membantu kempen isterinya.

Beliau berlari dari rumahnya di Gombak ke Markas PAS Darul Ummah, di Kampong Pandan.

Walaupun wanita, Dr Lo’ Lo’ tidak mahu sokongan diberikan kepada beliau kerana beliau adalah wanita tetapi kerana kebolehan dan kemampuannya untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Dari awal saya berkahwin lagi, saya bukan jenis surirumah sepenuh masa. Kalau tidak bergiat cergas dalam politik dan dakwah, saya bertugas di klinik atau hospital sebagai doktor,” kata Dr Lo’ Lo’, ibu kepada empat anak dan seorang cucu itu.

Tiada ulasan: