"Jika kami terjumpa dengannya, kami akan membuat laporan polis. Jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari, kami akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan citizen arrest" - MOHD SABU
By TARMIZI MOHD JAM
PAS memberi amaran keras, akan bertindak sendiri jika BN menggunakan jentera atau bangunan milik kerajaan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kali ini.
"Jika kami terjumpa dengannya, kami akan membuat laporan polis. Jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari, kami akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'," kata Naib Presiden PAS, Mohd Sabu kepada akhbar Siasah.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semalam.
Amaran ini dilihat sebagai ketegasan PAS membendung penyalahgunaan dan penyelewengan BN disemua peringkat. Ia menjelaskan lagi, bahawa pertandingan pilihan raya adalah pertarungan antara parti dengan parti.
Sejak merdeka lagi, BN akan terus memperalatkan jentera kerajaan dan bangunan milik kerajaan seperti dewan serbaguna dan dewan orang ramai sebagai bilik gerakan mereka.
Para petugas PAS memandang serius sejak sekian lama amalan biadap BN ini dan pada kali ini, nampaknya mereka akan bertindak tegas jika laporan polis yang dibuat tidak diberi respon adil oleh polis dalam tempoh dua hari.
Jika tidak, seperti amaran keras Haji Mohd Sabu, PAS akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'!
"Jangan salahkan PAS atau BA, jika polis gagal memberikan keadilan setelah report dibuat. Polis juga diingatkan jangan jadi sebahagian jentera pilihan raya BN!" celah seorang rakan apabila membaca komen Mohd Sabu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan