KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 07, 2008

ANWAR Kata Pengunduran TG NIK AZIZ Tidak JEJAS BA! Benarkah Dakwaan ini?

"Kalau betul Nik Aziz enggan lagi menjadi Menteri Besar, saya rasa hubungan kami dalam pembangkang tidak akan terjejas malah siapa pun penggantinya akan meneruskan agenda yang belum selesai ini" - ANWAR IBRAHIM

By BERNAMA

KOTA BAHARU 06 Feb: Pakatan pembangkang sama sekali tidak akan terjejas walaupun Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur selepas pilihan raya umum ini, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata hubungan antara PKR, DAP dan PAS akan tetap terjalin kerana hubungan itu bukan berdasarkan kepada individu semata-mata.

"Kalau betul Nik Aziz enggan lagi menjadi Menteri Besar, saya rasa hubungan kami dalam pembangkang tidak akan terjejas malah siapa pun penggantinya akan meneruskan agenda yang belum selesai ini," katanya.

Nik Aziz turut berceramah pada majlis yang dianjurkan PKR itu.
Selasa lalu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata bersedia untuk melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya ada calon lain yang lebih layak menggantikannya selepas pilihan raya umum nanti.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Nik Aziz berkata beliau bersedia untuk terus memegang jawatan itu untuk penggal berikutnya jika peringkat akar umbi masih mahukan dirinya menjadi Menteri Besar sekiranya PAS masih menguasai Kelantan.

"Kalau pilih saya lagi, Alhamdulillah," kata Nik Aziz.

Anwar berkata beliau yakin kepimpinan Nik Aziz masih lagi diperlukan oleh PAS.

Mengenai pengagihan kerusi di Kelantan antara PKR dan PAS, beliau berkata ia belum muktamad.

"Mungkin sehari dua lagi akan selesai," katanya.

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini 07 Februari melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi negeri, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berharap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menerajui Kelantan jika Pas kembali mendapat mandat memerintah negeri ini.

Mohd. Amar, 49, yang disebut-sebut sebagai calon yang layak menggantikan Nik Abdul Aziz berpendapat rakyat masih memerlukan kepimpinan Mursyidul Am Pas itu berdasarkan ketokohan, keperibadian, pengalaman dan kewarakannya.

"Saya secara peribadi berharap beliau mengekalkan jawatan Menteri Besar," kata Nik Amar

"Saya percaya faktor usia dan tempoh memegang jawatan itu bukan penghalang untuk terus menabur bakti dan khidmat.

"Saya secara peribadi berharap beliau mengekalkan jawatan Menteri Besar," katanya.Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz hendak menyerahkan jawatan kepada orang lain yang dipilih oleh Badan Perhubungan Pas jika parti itu terus memerintah negeri ini selepas pilihan raya umum ke-12.

Mohd. Amar, bekas pensyarah yang berlatar belakang pengajian Islam dan dianggap ulama muda memenangi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa pada 1995.

Pemilihannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Panchor pada 2004 dianggap menyediakannya sebagai pemimpin pelapis.

Menyentuh mengenai namanya yang sentiasa dikaitkan sebagai pelapis kepada kepimpinan Pas Kelantan beliau berkata, desas-desus dalam politik suatu yang lumrah.

Tiada ulasan: