KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 09, 2008

ANUAR TAHIR Bakal MB Perlis GANTI SHAHIDAN KASIM?

Ketokohan dan pembabitan beliau dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan telah menjadikannya pemimpin yang berkaliber dan matang di negara ini...

By PERLIS ANTI KHAIRY
Laman
M@RHAEN


MOHD Anuar Bin Mohd Tahir, 57, seorang anak watan negeri Perlis dikatakan akan diketengahkan oleh Barisan Alternatif Negeri Perlis sebagai bakal Menteri Besar Perlis sekiranya rakyat Perlis memberi mandat majoriti kepada BA untuk menguruskan negeri Perlis untuk tempoh penggal yang akan datang.

Anuar yang mempunyai kelulusan sarjana muda universiti ini sekarang diamanahkan sebagai AJK Pas Pusat. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agong ABIM dan Setiausaha Agong Parti KeADILan Nasional sehingga tahun 2001 (sebelum menjadi PKR).

Sebelum menyertai KeADILan, namanya sudah tersohor di dalam ABIM melalui proxynya WAMY iaitu World Association of Muslim Youth. Ini menggambarkan ketokohan beliau sebagai tokoh belia terbilang bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Anuar pernah bertanding di kerusi parlimen Padang Besar pada tahun 1999 dan kerusi Dun Beseri pada tahun 2004.

Pada pilihanraya umum yang akan datang, khabarnya BA Perlis akan mencalonkan Anuar bertanding di kerusi Dun Santan dalam kawasan parlimen Padang Besar.

Anuar juga sekarang ini menjadi Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah, satu NGO yang membela nasib mereka yang ditimpa bala bencana di mana NGO ini pernah membantu mangsa tsunami di Acheh dengan membina masjid dharurat di sana.

Sekiranya benar khabar angin tentang Anuar Tahir bakal diangkat sebagai MB Perlis, beliau akan dibantu oleh barisan Exco kerajaan negeri seperti Ustaz Hashim Jasin (berkelulusan Sarjana Muda Shariah Universiti Baghdad) sebagai Exco Dakwah dan Pembangunan Islam; Anuar sendiri (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan UiTM) akan dipertanggungjawabkan untuk pembangunan ekonomi negeri; Fauziyah Hamzah (Diploma Perguruan) dari KeADILan untuk hal ehwal wanita; Yaakob Abu Seman (Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Acheh), Ketua Pemuda Pas Perlis untuk belia dan sukan; Keria Senawi (pejuang peneroka dan peniaga) untuk hal ehwal pertanian dan pembangunan luar bandar; Dr Rosli Che Mat (PhD Nuklear) untuk hal ehwal sains, teknologi dan alam sekitar; serta Wan Kharizal Wan Khadzim (Sarjana Muda Pengurusan dari universiti Amerika Syarikat) untuk perancangan bandar dan kerajaan tempatan.

Khabarnya antara janji yang akan diketengahkan oleh BA Perlis kepada rakyat Perlis ialah jawatan MB Perlis akan dihadkan selama 2 penggal sahaja; Kediaman rasmi MB sekarang akan dipulangkan semula kepada Raja Perlis; masalah perumahan rakyat akan diatasi; pemberian hak milik tanah akan dipermudahkan; pembangunan kawasan sempadan negara; pelaburan dari luar tanpa dikenakan 'tol'; pembentukan sebuah jawatankuasa yang melibatkan tokoh-tokoh anak Perlis yang berjaya bagi membantu kerajaan membangunkan negeri dan sebagainya yang akan didedahkan secara rasmi kepada rakyat Perlis selepas pembubaran parlimen ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hey there just wanted to give you a quick heads up.
The text in your post seem to be running off the screen in Ie.
I'm not sure if this is a format issue or something to do with browser compatibility but I figured I'd post to let you know.
The layout look great though! Hope you get the issue solved soon.
Many thanks

Feel free to surf to my page ... website

Tanpa Nama berkata...

I could not refrain from commenting. Well written!

My web site :: emergency plumber dublin 15

Tanpa Nama berkata...

Everything is very open with a clear description of the issues.
It was definitely informative. Your site is extremely helpful.
Thanks for sharing!

Here is my website: life insurance compare

Tanpa Nama berkata...

Wow, this piece of writing is good, my sister is analyzing these kinds of things, therefore I am going to inform her.


Take a look at my site - callme2insure.com