KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 15, 2008

Kapak Jangak: DIGODAM Atau DINYAH Oleh BLOGSPOT Sendiri?

By RAKAN RAMLI UPKN

PATUTPUN dalam 2-3 hari ini macam ada yang tak kena sahaja dengan Blog Kapak Jangak.


Sebenarnya bagi yang dah biasa menggunakan blogger@blogspot atau apa saja blog percuma perlu menanggung risiko kehilangan seperti yang berlaku pada Sdra. Ramli Abdul Halim itu.

Pada perkiraan saya, sebenarnya kes sebegini tidak semestinya digodam atau dikhianati tetapi lebih kepada masalah di pihak blogger@blogspot itu sendiri yang memang mereka dengan sebab yang tidak diketahui oleh tuan punya (kita yang register) terus ditarik balik atau dilenyapkan blog kita.

DAH NAMANYA PUN BLOG PERCUMA! Saya ulangi BLOG PERCUMA! Kita yang register ini bukannya pemilik mutlak. Kita orang yang berdaftar sahaja bukan pemilik sebenar.

Dan lebih takjub lagi kebiasaannya terjadi pada blog yang sudah mempunyai nama (bukan sahaja blog politik, malah blog peribadi pun).

Jadi untuk mengatakan bahawa blog ini digodam pada pendapat saya, hanya mereka yang kurang arif sahaja akan mengata begitu.

Mungkin ada yang menyoal kenapa blog Ramli sahaja, tidak blog lain? Sebenarnya, perkara ini kekadang itu terjadi secara kebetulan. Kenapa kebetulan?

Iyelah orang kata, Blog Kapak Jangak kontroversi dan sebagainya, jadi tentulah orang akan kata digodam...

Jadi untuk hendak mengetahui betul-betul sebab musabab, kenalah rajin bertanya pihak blogger@blogspot atau google.

Insya-Allah biasanya mereka akan menjawab, tetapi kita kena bertanya, kalau harapkan mereka bagi penjelasan jawabnya NO! Oleh kerana Sdra. Tarmizi rapat dengan Sdra. Ramli, cubalah beritahu beliau perkara ini.

Nasihat saya sebelum beliau menuduh sesiapa lebih baik bertanya dengan google dahulu (Member saya pun dah ramai terkena dengan blogspot mereka) Kalau bernasib baik blog itu dapat dikembalikan kalau tidak memang kosong.

Sebab itu saya sendiri cepat-cepat register dengan pihak hosting berbayar (saya juga mempunyai blog PERCUMA di blogspot) supaya jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, tidaklah kelam kabut sangat.

Ya! Tidak semestinya blog di hosting sendiripun selamat 100% tetapi amat jarang berlaku (dan kita mudah merujuk pihak berkenaan). Bagaimanapun, ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.

Memandangkan saya juga peminat setia Blog Kapak Jangak maka saya rasa tidak salah, saya buat penjelasan ini. Soal, nak terima atau tidak terpulanglah!

Walaupun begitu, kemungkinan ada pihak menggodam, tetapi lebih baik disiasat dengan google terlebih dahulu.

Wallahua'lam. salam buat sdr Ramli.. sahabat lama di UPKN.

RESPON: Saya tertarik komen yang dihantar seorang pengunjung yang mendakwa rakan Ramli Abdul Halim ketika di UPKN ini. Ia patut menjadi panduan kepada semua bloggers yang menggunakan khidmat percuma blogspot. Kemungkinannya ada, iaitu blog kita akan dimusnahkan sekelip mata, kerana kita tidak berdaftar dengan tuan penyedia khidmat blog.

Tiada ulasan: