KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 15, 2008

IDENTITI Makin Dekat: Kapak Jangak DIGODAM PENYERANGAN 404!


By RAMLI ABDUL HALIM


SAYA masih belum berpeluang memberi respon kepada komen-komen yang dihantar kerana komputer saya (di rumah) belum berjaya dibaik-pulih.

Godaman kononnya menggunakan penyerangan 404 terhadap blog saya (ikut kata pakarlah) melibatkan belanja yang besar dan kononnya dibuat kumpulan pakar khas.

Kenapa sampai begitu sekali? Bahaya sangatkah blog saya? Berpengaruh sangatkah saya?

Berbisa sangatkah respon-respon saya terhadap komen-komen yang dihantar sehingga blog saya digodam dan dileburkan macam Siam meleburkan tanda-tanda pemerintahan Kerajan Melayu Pattani di Krisek.

Bukan setakat ramli abdul halim melayu. blogspot. com tidak tinggal bekas, tetapi komuter saya juga mengalami kesorasakan. Isi kandungannya tidak boleh diselamatkan termasuk manuskrip tiga antologi cerpen, empat novel, lima buku politik dan ratusan simpanan gambar.

Oleh kerana, di pejabat saya belum lagi ada line streamyx walaupun ada 15 unit komputer, namun buat sementara ini operasi blog masih lagi bermarkas di bilik tidur rumah saya dan buat sementara blog saya meli kapak jangak. blogspot. com dikendalikan menggunakan laptop.

Kerana saya belum mahir guna laptop, maka sukar untuk saya memberikan respon kepada komen-komen yang dihantar sebagaimana yang saya lakukan dalam mengendalikan ramli abdul halim melayu. blogspot. com.

Ikut tukang betul kerosakkan komputer saya, pada hari Sabtu atau Ahad komputer saya ini akan dipulihkan sepenuhnya.

Sebagai seorang yang tak mengaji mana, bila ada yang maklumkan tentang perang siber dan penghantaran virus hanya khayalan dari cerita filem sahaja, rupanya ia memang boleh berlaku.

Menurut petugas saya yang diberi tanggungjawab mengumpul komen dan respon saya untuk dibukukan, beliau sempat pungut Respon (1) hingga Respon (138).

Respon (139) hingga Respon (147) apabila blog saya digodam dan dileburkan. Mana-mana penyilau-kelih blog ramli abdul halim melayu. blogspot. com yang sempat memungut dan menyimpan Respon (139) hingga Respon (147) mohon diemailkan kepada saya melalui alamat email

meli_industry@yahoo.co.uk.

Buku berkenaan saya akan terbitkan dalam tempoh kempen PRU-12 sebagaimana yang dijadualkan.

Pada kesempatan saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih dan rasa teramat terharu serta penghormatan tinggi saya kepada Wak Hamad dan Shifu67 yang telah menghantar kepada saya komen berserta respon saya yang sempat mereka pungut.

Jasa baik anda tidak mampu saya balas kerana nilainya bagi saya lebih bernilai dari segala isi dunia ini.

Saya akan doakan semoga anda sentiasa dalam kerahmatan-Nya, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipertingkakan kualiti iman dan takqwa.

Mengenai usaha saya untuk dapatkan identiti penggodam, sehingga ini saya baru dapat kenalpasti jenis godaman.

Berdasarkan maklumat-maklmat yang ada, saya sudah pun menghantar surat rasmi kepada pihak berkaitan, termasuk kepada BLOGSPOT.

Selain dari meminta identiti penggodam, saya juga membuat nota bantahan. Saya akan hantar surat susulan setiap minggu selagi saya tidak dapat jawapan yang memuaskan.

Hasilnya nanti, kalau tidak membawa kepada keaiban mana-mana pihak dalam bentuk atau kelompok, saya akan dipublishkan melalui blog saya ini.

Apa tindakan saya nanti, bergantung kepada siapa penggodamnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Encik Tarmizi, tolong bagi tau Encik Ramli tulis guna ejaan betul-betul. Banyak sangat salah ejaan dalam Meli Kapak Jangak.