KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 15, 2008

Tan Sri MUHD TAIB Tendang Aziz Shamsuddin Dari SHAH ALAM?

SEGMEN
DESAS-DESUS PILIHAN RAYA
By TARMIZI MOHD JAM


CALON PAS 2004, Ir. Abdul Khalid Samad yang juga sepupu Menteri Pelajaran, Hisyamuddin Husin disebut-sebut terus mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya kali ini.


Mantan Menteri Besar Selangor yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Muhamad Muhd Taib pula disebut-sebut akan "menendang" Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin yang kini Ahli Parlimen Shah Alam.


Dalam pilihan raya lalu, Ir. Khalid kalah ditangan Abdul Aziz tetapi beliau dijangka akan bertanding sekali lagi bagi merebut kerusi yang dikatakan sudah dilanda angin perubahan itu.


Ir. Khalid adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dan adik kepada Ahli Parlimen Johor Bharu yang juga mantan Menteri Kebajikan Masyarakat, Datuk Shahril Abdul Samad.

Tiada ulasan: