KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 09, 2008

Kerajaan Sementara: AZIZ BARI SANGGAH Rais Yatim & Shad Faruqi!

Jangan harap mereka akan melepaskan talian hayat yang cukup berharga ini. Ini kerana, ia menjadi “kekuatan keramat” bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional dalam setiap kali pilihan raya!

Oleh TARMIZI MOHD JAM

SETELAH meneliti tulisan Datuk Ruhanie Ahmad bertajuk “Realiti Kerajaan Sementara Sesudah Parlimen Bubar” yang disiarkan dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com pada 7hb. Februari lalu, saya terus menghubungi Profesor Dr Abdul Aziz Bari untuk mendapat penjelasan tentang isu-isu berhubung dengan kerajaan sementara, pembubaran parlimen dan banyak lagi, yang saya kira ia patut diketahui oleh rakyat.

Pensyarah Undang-Undang di UIAM itu agak kecewa kerana katanya apa yang disiarkan dalam akhbar perdana tidak begitu tepat dan cuba mengesahkan apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Dr. Abdul Aziz telah lama memperkatakan malah telah menerbitkan buku tentang isu-isu yang kini menjadi perbahasan hangat.

Persoalan tentang kuasa pembubaran dewan oleh Agong telah disentuh oleh Dr. Abdul Aziz dalam kolumnya di Mingguan Eksklusif sewaktu era reformasi pada 1999. Ia kemudian diterbitkan oleh IKD sebagai salah satu bab dalam sebuah buku bertajuk Politik Perlembagaan pada 2006.

Buku ini turut memuatkan persoalan kerajaan sementara. Dr. Abdul Aziz telah menghuraikan konsep kerajaan sementara dan sebuah lagi buku beliau yang diterbitkan pada tahun 2020 ialah Cabinet Principles yang turut menyentuh isu ini.

Apapun Dr. Abdul Aziz berasa positif tentang keprihatinan yang ditunjukkan oleh Dato Ruhanie Ahmad dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com itu.

“Bagaimana rencana dalam Utusan Malaysia yang memetik pandangan Dr Rais Yatim itu semacam meremehkan isu kerajaan sementara tetapi Rais tidak bertegas.

“Walaupun Rais betul dalam menyebut bahawa Perlembagaan tidak menyatakan konsep kerajaan sementara! Apa yang menjadi masalah, Rais tidak begitu tegas dan semacam cuba mengharuskan tindakan kerajaan mengumum atau meluluskan projek sewaktu berkempen,” komen Pensyarah Undang-Undang UIAM itu.

Kes Pilihan Raya Pengkalan Kota pada 1981 itu sebenarnya menunjukkan betapa hakim sendiri gagal memahami keperluan pilihan raya yang bebas dan adil. Keputusan mahkamah yang dijadikan hujah oleh Rais itu tidak selari dengan tuntutan Perlembagaan.

“Saya fikir, kalau Rais masih berada dalam Semangat 46 beliau tidak akan menyebut kes itu,” ujar Dr. Abdul Aziz sinis.

Bagaimanapun, sikap Rais itu tidak mengejutkan kerana beliau adalah orang politik yang sesekali menunjukkan minat kepada Perlembagaan. Rais pernah tidak mengakui tesis PhD yang ditulisnya semasa berada di luar kerajaan sewaktu diasak oleh Lim Kit Siang di Parlimen beberapa tahun lalu.

Dr. Abdul Aziz seterusnya menyebut satu kes Mahkamah Tinggi di Britain yang memerintahkan kerajaan konservatif waktu itu dari membuat pengumuman yang dilihat memberinya kelebihan dalam Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sekitar awal 1990an.

“Cuba saudara bandingkan kes yang diputuskan oleh hakim Inggeris ini dengan keputusan mahkamah kita pada 1981 itu,” tanya beliau kepada saya.

Pakar Perlembagaan ini menegaskan, kefahaman Perlembagaan yang tidak mantap itulah telah menjadi masalah di kalangan setengah hakim-hakim di negara ini.

“Tetapi kes-kes ini akan menjadi undang-undang dan dijadikan alasan oleh mereka yang hendak mengesahkan tindakan parti-parti dalam Barisan Nasional,” tegas beliau.

Profesor Dr Shad S. Faruqi juga mengambil sikap yang sama dalam tulisannya yang tersiar di akhbar The Star. Profesor undang-undang dari UiTM ini juga kelihatan tidak melihat konsep “kerajaan sementara” sebagai penting.

Dr. Shad melihat konsep itu hanyalah Konvensyen Perlembagaan yang katanya bukan undang-undang dan dengan itu tidak boleh dilaksanakan oleh mahkamah.

Rakyat faham mengapa isu itu ditimbulkan; khususnya setelah Lim Kit Siang membawa isu “kerajaan sementara” ke mahkamah.

“Tetapi, tidakkah kita sedar yang mahkamah Malaysia kadangkala tidak mempedulikan undang-undang sebagaimana yang berlaku dalam kes jaminan Dato Seri Anwar Ibrahim dulu?” Soal Dr. Abdul Aziz dengan sinis.

Beliau berkata di Malaysia, usahkan konvensyen kadangkala undang-undang pun tidak dipedulikan oleh kerajaan. Lihat sahajalah apa yang berlaku dengan hak untuk berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan.

Walau apapun, tegas Profesor UIAM itu lagi, Malaysia tidak mempunyai konsep Konvensyen Perlembagaan yang jelas sebagaimana di Britain.

“Lagipun konsep itu tidak perlu diterapkan di negara ini kerana kita mempunyai Perlembagaan bertulis. Kita perlu ingat bahawa Britain tidak mempunyai Perlembagaan bertulis. Sebab itu konsep Konvensyen Perlembagaan wujud dan penting di sana kerana itulah satu-satunya panduan mereka dalam soal-soal undang-undang berhubung dengan pentadbiran negara.”

Berbalik kepada isu “kerajaan sementara”, Dr. Abdul Aziz menegaskan bahawa meskipun ia tidak disebut oleh mana-mana peruntukannya, konsep itu sebenarnya wujud jika kita membaca dan memahami Perlembagaan secara komprehensif.

“Tidakkah pelik jika kerajaan yang landasannya ialah sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat terus wujud sedangkan dewan itu telah dibubarkan?” Tanya beliau.

Beliau seterusnya menyambung, bahawa logiknya ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan maka kerajaan yang berdiri di atasnya juga turut terbubar sama.

Dan Perdana Menteri, meskipun tidak diberitahu, sepatutnya sedar tentang hakikat atau kenyataan ini. Dengan pembubaran kerajaan terbatas kepada tahap yang minimum - setakat Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

Para menteri, timbalan menteri dan setiausaha sepatutnya berhenti menggunakan kereta, pengawal peribadi dan kemudahan-kemudahan lain yang diberi berdasarkan jawatan mereka.

“Kalau kemudahan pun sudah tidak harus digunakan, di mana alasan untuk kerajaan membuat kelulusan segera?” soal Dr. Abdul Aziz.

Profesor undang-undang itu menambah antara masalah yang dihadapi ialah rakyat mempunyai perkhidmatan awam yang tidak dapat membezakan antara kepentingan negara dengan kerajaan yang memerintah yang diterajui oleh parti politik.

Pelaksanaan konsep kerajaan sementara ini tidak menghadapi masalah jika pegawai-pegawai kerajaan faham kedudukan dan peranan mereka.

“Malangnya dengan adanya perkhidmatan kontrak maka pegawai-pegawai akan mengampu menteri dan melakukan apa sahaja untuk mempastikan kedudukan mereka tidak terjejas. Pegawai-pegawai ini tidak sanggup untuk pencen begitu sahaja”, kata Dr. Abdul Aziz lagi.

Budaya setia “membabi buta” dikalangan perkhidmatan awam ini diburukkan lagi oleh akujanji yang dipaksakan oleh pentadbiran Mahathir pada tahun 2000.

Debat tentang “kerajaan sementara” ini timbul sekarang, kata Dr. Abdul Aziz, kerana sejak merdeka kerajaan yang memerintah tidak komited kepada pilihan raya yang bebas dan adil.

Rakyat tiba-tiba sedar akan sesuatu yang tidak kena.

Tidak cukup dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan para pemimpin pembangkang, kerajaan mengetatkan lagi cengkaman dengan menafikan ruang dalam media rakyat seperti RTM kepada pemimpin politik pembangkang. Sejak 1984 pula, polis digunakan melalui permit untuk menghadapi pembangkang.

Dr. Abdul Aziz berpendapat perjuangan untuk mendidik dan menyedarkan rakyat perlu diteruskan. Selain itu sebuah sistem dua parti perlu dibina supaya sistem kita lebih adil dan mudah diuruskan.

Tetapi, beliau tidak nampak, Barisan Nasional akan membuat perubahan. Ini kerana, katanya lagi, mereka selama ini menggunakan pelbagai kelebihan yang tidak sah di sisi Perlembagaan untuk menang.

Jangan harap mereka akan melepaskan talian hayat yang cukup berharga ini, tegasnya kepada saya. Ini kerana, ia menjadi “kekuatan keramat” bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional.

Dalam pada itu, Dr. Abdul Aziz tidak nampak akan ada perubahan di sisi undang-undang kerana setakat ini begitu banyak kes yang melibatkan cabaran terhadap Akta Universiti Kolej, isu royalti minyak di Terengganu dan cabaran terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik yang masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Semua kes ini melibatkan dasar dan pendirian politik Barisan Nasional.

“Pada 2001 Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan terhadap kerajaan sementara dalam kes Abdul Ghani bin Ali tetapi malangnya ini dibuat untuk memutuskan bahawa perisytiharan darurat itu sah,” jelas Profesor Dr. Abdul Aziz Bari lagi.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tulisan Dr. Abdul Aziz Bari ini amat patut dibaca dan difahami oleh seluruh rakyat Malaysia.Tidak kira siapa mereka. Tambah-tambah lagi kepada pengamal undang-undang. Jangan fikir kepentingan peribadi sahaja. Ni tidak, saban waktu undang-undang dan perlembagaan negara kita diperleceh dan diperlekeh oleh sesetengah para pemimpin 'tolol' dan pengamal undang-undang 'benak' di negara kita sendiri. Bagaimana orang luar nak hormati kita. Kata sahaja merdeka, tetapi masih lagi terbelenggu,ikut telunjuk dan tidak
bersikap professional.Inikah produk Malaysia Merdeka???

Tanpa Nama berkata...

Syabas Dr. Abdul Aziz Bari. Kita dilahirkan dan dihidupkan oleh ALLAH S.W.T bukan saja-saja mahu dilahirkan dan dihidupkan olehNya...tetapi ALLAH S.W.T lebih mengetahui siapa yang dilahirkan dan dihidupkan olehNya itu dapat memberi petunjuk dan jalan yang sebenar kepada yang memerlukan dan ingin menggunkan 'akal fikiran yang telah dianugerahkan olehNya.
Syabas sekali lagi Dr.

Tanpa Nama berkata...

Sіnce the аԁmin оf this ωеb ρage
is wοrking, nο uncertаinty vегy ѕhortly it will
bе well-knοwn, ԁue to its quаlity contents.


Here is my wеbsіte: quick loans

Tanpa Nama berkata...

Thanks for finally talking about > "Kerajaan Sementara: AZIZ BARI SANGGAH Rais Yatim & Shad Faruqi!" < Loved it!

Here is my web page; what is a graduate certificate

Tanpa Nama berkata...

You're so interesting! I do not believe I'vе truly read through anything
like that before. So nice tο find someonе with somе unique thoughts οn thiѕ іѕsue.
Really.. thаnk you for startіng thiѕ up.

Thiѕ sіte is ѕοmething that's needed on the internet, someone with a bit of originality!

My site: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Slim Fastis offering two incentive programs to help encourage male enhancement jail in couples,
but a cramp releases with movement.

Also visit my blog post: Herbs Male Enhancement

Tanpa Nama berkata...

Don't let sex become" same old, cycle day 14" boring conception sex. With proper pre-conception preparation, you can ask what chemicals have been linked to allergies such as asthma. Few countries have a legal standing yet.

Also visit my homepage :: Semen Volume

Tanpa Nama berkata...

I conѕtantly ѕpеnt my half an houг tο гead this ωeblog's articles every day along with a cup of coffee.

Here is my website: Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Νicе wеblоg herе!

Also уour web ѕite а lot up faѕt!
What wеb hоst aгe you using? Cаn Ι get уour аѕsociаtе hypеrlіnk fοr уοur hоst?

Ӏ wіsh mу websіte loaԁed up as quіcklу aѕ
уours lol

my weblοg :: Payday Loans