KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 18, 2008

Nurul Izzah Sedia BERTANDING DI LEMBAH PANTAI?

By TARMIZI MOHD JAM


PUTERI Reformasi, Nurul Izzah yang diumumkan oleh bapanya, Anwar Ibrahim beberapa hari lalu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini, mengubah pendirian.

Anak sulung Ketua Umum PKR itu, kembali ghairah untuk bersama-sama ibunya serta rakan BA yang lain bertanding dan kini beliau membayangkan Parlimen Lembah Pantai sebagai kawasan pilihannya.

Malaysiakini melaporkan, Nurul Izzah jika diberikan pilihan, beliau berminat bertanding di Lembah Pantai.

Izzah berkata begitu ketika ditemui pada sidang media Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar sebelum ini memberitahu media bahawa Nurul Izzah hanya mahu membantu PKR berkempen melalui ceramah calon-calon PKR, katanya kepada wartawan di Rantau, Negeri Sembilan minggu lalu.

Anwar berkata demikian ketika menjawab desas-desus bahawa anaknya itu akan bertanding sama ada di Parlimen Lembah Pantai atau Wangsa Maju dalam pilihanraya umum akan datang.

Nurul Izzah sebelum ini sudah disebut-sebut menjadi calon di Lembah Pantai

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berita minggu lalu la...
anwar kata nurul tak akan bertanding..

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan DEATH NOTE... faham betul-betul berita baru buat komen. Nanti yang you komen tu pulak yang akan dikomen orang. Baca ini.

YANG INI BERITA MINGGU LALU DIPETIK SEMULA: "Anwar sebelum ini memberitahu media bahawa Nurul Izzah hanya mahu membantu PKR berkempen melalui ceramah calon-calon PKR, katanya kepada wartawan di Rantau, Negeri Sembilan minggu lalu.
Anwar berkata demikian ketika menjawab desas-desus bahawa anaknya itu akan bertanding sama ada di Parlimen Lembah Pantai atau Wangsa Maju dalam pilihanraya umum akan datang.

YANG INI PULA BERITA TERKINI, 18 FEB 2008 "PUTERI Reformasi, Nurul Izzah yang diumumkan oleh bapanya, Anwar Ibrahim beberapa hari lalu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini, mengubah pendirian.
Anak sulung Ketua Umum PKR itu, kembali ghairah untuk bersama-sama ibunya serta rakan BA yang lain bertanding dan kini beliau membayangkan Parlimen Lembah Pantai sebagai kawasan pilihannya.
Malaysiakini melaporkan, Nurul Izzah jika diberikan pilihan, beliau berminat bertanding di Lembah Pantai.
Izzah berkata begitu ketika ditemui pada sidang media Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Kuala Lumpur hari ini."

Harap faham bila membaca. Ini yang menyebabkan lain yang dibaca, lain pulak yang disembangkan kat orang. You baca juga Utusan Malaysia hari ini 19 Feb 2008 muka depan kolum sebelah kiri.

Harap maklum!

Pembaca Prihatin
Hisyam Ali
PKR Lembah Pantai

Tanpa Nama berkata...

UTK PENGETAHUAN DEATH NOTE LAGI; INI NEWS MINGGU LALU YANG DIPETIK DALAM SANGGAHTOKSAGO 16 FEB 2008:

WAN AZIZAH Berkubu Di Parlimen PERMATANG PAUH!

Wan Azizah akan pertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kali ini.


By TARMIZI MOHD JAM


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah Wan Ismail disahkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan mempertahankan Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kali ini.

Anaknya, Nurul Izzah juga akan bertanding tetapi masih belum diketahui di mana.

Sebelum ini, Nurul dikaitkan akan bertanding di Parlimen Wangsa Maju dan kemudian, beliau dijulang namanya untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Anwar menyatakan, isterinya Wan Azizah akan terus mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh, kerusi yang pernah dimenangi Anwar ketika dalam Umno dahulu.

Nurul Izzah yang kini menjadi Koordinator Politik kepada bapanya, ada meminta pandangan Anwar sama ada mahu bertanding atau tidak.

Tetapi, Anwar menyerahkan kembali kepada Nurul untuk menentukan keputusannya sendiri.

Bagaimanapun, Nurul tidak akan bertanding sebaliknya hanya membantu kempen-kempen PKR.

Anwar menegaskan, PKR akan mengumumkan calon-calonnya dalam pilihan raya kali ini seawal-awalnya Isnin ini secara berperingkat.

Beliau meramalkan pilihan raya kali ini cukup baik dan akan berpihak kepada PKR dan pembangkang.