Ahli Parlimen Kubang Krian sekarang, YB Salahuddin Ayub adalah "calon import" yang efisyen menjalankan tanggungjawabnya bersama para pengundi di kawasannya...
By BERNAMA
MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Pas Kelantan akan terus memberi laluan kepada "calon import" yang bukan berasal dari Kelantan untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengambilan calon luar untuk bertanding di negeri itu telah lama diamalkan.
"Kelantan sudah lama dah ambil orang luar Kelantan bertanding (di negeri ini"," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan (TMK) di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus bahawa beberapa pemimpin PAS pusat bukan berasal dari Kelantan mungkin akan bertanding di beberapa kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya umum ke-12 akan datang.
Pada pilihan raya umum 2004, PAS Kelantan memberi laluan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Salahudin Ayob bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian.
Nik Aziz berkata selain itu PAS Kelantan juga akan menonjolkan tokoh wanita untuk bertanding kerana Islam tidak pernah menghalang golongan wanita bergerak aktif dalam pelbagai bidang.

2 ulasan:
Macam man nih? Nasharuddin Mat Isa laris ke atau kawasan-kawasan reject? Dulu khabarnya nak tanding Rantau Panjang, pastu pindah ke Pangkalan Chepa. Tak lama pastu kawe dengar nak ambik Kubang Krian. Tadi Bernama telek nak tanding kat Gombak pulak. Kawe rasa, Nasha ini kena baca interbiu Idris Jusoh hak baru nih dalam Mingguan Malaysia. Asyik dok lari sana sini lepas kalah kat Besut hilang tak nampak batang idung. Bila nak tanding semula, sibuk cara kawasan... bertaubatlah dan ambil pengajaran silam. Binalah bes sendiri agar boleh bertanding dan berkhidmat sekalipun kalah. Orang lain tak iri hati. Mentang-mentang jadi Timb. Presiden, guna kuasa dan pengaruh mahu tanding tempat selamat. FIKIRKAN juga, pemimpin di kawasan itu. Mereka bekerja siang malam bina kawasan, selesai masalah, cari dana, tup-tup takleh bertanding sebab kena akur arahan pimpinan. Ini yang salahnya!
Saya tidak kisah bila parlimen nak dibubarkan. Hari ini, esok ataupun tahun depan. Yang sangat-sangat saya kisahkan adalah tentang bakal-bakal calon yang nak bertanding. Baik pihak kerajaan mahupun pembangkang. Memang jadi calon ni besar kesannya. Glamor, orang kenal berpengaruh dan yang sewaktu dengannya.
Tapi cuba kita kaji.
Apa maksud bertanding? Bertanding maksudnya setiap calun nak menang walaupun dengan satu majoriti. Setiap calun akan merangka srategi, membelanjakan puluhan ribu wang, tenaga, masa serta petugas-petugas. Perkara-perkara tersebut mungkin boleh disedia dan dicari terutamanya kalau bertanding mewakili parti yang sudah establish.
Dalam sistem demokrasi berperlembagaan, perkara yang paling penting adalah undi setiap individu adalah segalanya. Saya percaya setiap kawasan pilihanraya sudah mempunyai rekod lampau yang boleh dijadikan panduan. Parti "A" berapa undi dan parti "B" berapa undi. Situasi peralihan undi besar-besaran jarang sekali berlaku. Malah rekod 1990 dan 1999 pun menunjukkan banyak kawasan pilihanraya tidak berlaku gelombang perubahan ke atas corak pengundian.
Atas alasan tersebut, saya ingin bertanya secara bersungguh-sumgguh. Untuk apa meletakkan calun dan bertanding di kawasan dan negeri yang memang tak akan menang. Malah sampai ke peringkat mustahil menang. Contohnya calon UMNO bertanding di Pengkalan Chepa, Kelantan ataupun calon PAS bertanding di Segamat, Johor ataupun Negeri sembilan. Kata orang pengundi-pengundi di situ selepas keluar dari perut ibu dah menangis "UMNOOOOOO....PASSSSSS". Buat perabih beras jah.
Lebih baik jika tenaga yang ada di kerahkan sepenuhnya ke kawasan putih.
Minta maaflah yee, kerana saya tahu ramai yang tidak setuju dengan pandangan ini termasuk kawan-kawan rapat.
Catat Ulasan