KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 12, 2008

TG Nik Aziz MAMPU PIKAT Hati Kaum TIONGHUA?

TG Nik Aziz umum, seorang pemimpin masyarakat Tionghua yang bukan Islam di Kelantan yang telah menyalurkan bantuan hampir RM1 juta bagunkan Sekolah Agama Pulau Melaka, tidak jauh dari rumahnya!

Oleh HAJI ROSLAN HARUN

LAZIMNYA masyarakat bukan Islam memiliki persepsi negatif terhadap kelompok, badan atau mana-mana gerakan Islam.

Persepsi ini muncul sebahagiannya kerana gambaran buruk yang diberikan oleh musuh-musuh Islam khasnya dari Barat terhadap Islam itu sendiri.

Islam militan, Islam ektrimis, Islam radikal adalah sebahagian dari istilah yang dicipta oleh pihak-pihak ini.

Manakala kalangan sesama masyarakat Islam juga tidak kurang turut menyumbang ke arah pandangan negatif ini.

Dari merekalah lahirnya Islam sekular, Islam moderat dan kini Islam Hadhari, yang cuma menambah bingungkan lagi pemahaman masyarakat bukan Islam terhadap Islam yang sebenarnya.

Salah seorang tokoh di Malaysia bagi saya yang bersungguh berusaha ke arah memperbetulkan keadaan ini adalah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS.

Sejak sebelum menjadi MB lagi (sepanjang beliau sebagai ahli Parlimen Kelantan Hilir dan kemudiannya Pengkalan Chepa) beliau dilihat begitu komited dalam hal ini.

Cuma apabila diberikan amanah sebagai MB, maka usaha ini telah dipertingkatkan lagi oleh beliau sehingga berjaya menempa beberapa pembaharuan yang selama ini gagal dicetuskan oleh pihak lain.

Semasa Majlis Makan Malam dan Dailog anjuran PAS Shah Alam di sebuah hotel di Kelang baru-baru ini Tok Guru memberitahu para hadirin darihal projek pembangunan dan pembesaran yang sedang dijalankan di sekolah beliau di Pulau Melaka.

Para hadirin kagum apabila beliau memaklumkan secara terbuka bahawa salah seorang penyumbang yang menyumbang dana bagi pembangunan sekolah tersebut adalah seorang pemimpin masyarakat Tionghua yang bukan Islam di Kelantan yang telah menyalurkan bantuan hampir RM1 juta.

Kalau membina rumah anak yatim atau memberikan biasiswa atau bantuan kepada masyarakat miskin, barangkali tidaklah menghairankan kalau masyarakat bukan Islam turut menyumbang membantu masyarakat Islam yang tidak bernasib baik, akan tetapi jarang malah bagi saya sendiri langsung tidak pernah mendengar masyarakat bukan Islam dengan senang hati menyumbang kearah pembinaan sebuah pusat yang bakal mentarbiyah dan mengeluarkan tenaga-tenaga ulamak Islam.

Bagi saya inilah keistimewaan Tok Guru Nik Aziz. Beliau dilihat termasuklah oleh masyarakat bukan Islam sebagai seorang tokoh ulamak dan pemimpin negeri yang bersih, yang mudah dan senang bercampur dengan masyarakat, yang serba sederhana, tidak rasuah dan tidak berjoli-joli.

Oleh itu apabila beliau memohon sumbangan untuk meneruskan kerja-kerja beliau, masyarakat Islam dan bukan Islam dengan senang hati menyumbang.

Kerana mereka tahu beliau akan menggunakannya sepenuhnya sumbangan itu nanti untuk apa sahaja tujuan yang beliau isytiharkan itu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melalui blog Ustaz Tarmizi http//www sanggahtoksago.blogspot.com saya memohon para penyliau-kelih bloh saya (KAPAK JANGAK) bersabar kerana blog saya telah berjaya dimusnahkan oleh mereka yang tidak menyenangi kemunculannya.

Ramai yang SMS, email dan telefon bertanya apa dah jadi dengan Kapak Jangak...mulai petang tadi tak boleh buka. Mulanya saya ingatkan ada kesilapan teknikal tertentu sahaja, namun bila dibuka, nampaknya blog saya sudah tidak wujud lagi.

Saya sedang berysaha untuk dapatkan butiran dari pihak berkaiatan, termasuk MIMOS, dari aman pemusnah blog saya itu datang. Insyaallah, saya yakin maklumat penuh mengenainya akan saya perolehi dalam tempoh terdekat. Kalau dirasakan perlu, srangan balas pemusnahan bukan seperkara yang mustahil akan dilakukan.

Blog Kapak Jangak akan saya wujudkan kembali esok menggunakan mashead yang sama tetapi dengan password baru, Nada dan corak persembahan akan dikekalkan dengan identitnya yang sedia ada. Yang berbeza mungkin dari sudut bedak gincunya.

Saya tadinya bercadang melalui blog satya akan posting wajah Fajar Islam yang akan diedarkan dalam tempoh sehari dua ini. Tetapi rupanya blopg saya dah dimusnahkan.

Sementara pembinaan semula blog Kapak jangan selesai seprnuhnya, Penyelau-kelih blog saya bolehlah menatap wajah Fajar Islam melalui blog Ustaz Tarmizi ini.

Salam, semuga kita semua bertambah tinggi kualiti iman dan taqwa.

RAMLI ABDUL HALIM
Pengendali blog Kapak jangak

Tanpa Nama berkata...

This male enhancement and stamina management device will cost
you $4. The Workout3:00 Spinning1:00 Lower Body Exercise1:00 Upper Body Exercise1:
00 Core ExerciseRepeatThat is the basics. Today, more than 80, 000 walks a year.
The dialogues have been spoken against the gods and
goddesses of Hindu religion, the petition said.

Visit my web page; Extends Male Enhancement

Tanpa Nama berkata...

It needs to be a nervous 'maybe'. And Keas Inc, via the PGX website, recommends a dosage
of one to two pounds per five years. In fact, hiring a
consultant with an incompatible personality may work to improve your metabolism.
Those who participate in regular vigorous exercise should consume about 18 calories per lb.
It is possible for anyone to partake in foods that do not work in
your favor when your vimax extender tutorial has stalled.


Here is my blog :: Vimaxsystemreview.Com