KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 18, 2008

Presiden PAS UMUM CALON Titiwangsa dan Putrajaya 19 Februari Ini!

Pengumuman calon PAS Titiwangsa dan Putrajaya pada 19 Februari akan dibaut oleh Presiden PAS. Gambar: Haji Ishak ketika menyampaikan Memorandum Membantah Kempen 50 Tahun Merdeka kepada KekkWa.

By TARMIZI MOHD JAM

Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon-calon PAS yang akan bertanding di Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya dalam satu ceramah mega yang dianjurkan di Markaz PAS Darul Ummah, jam 9.30 malam pada 19hb. Februari ini.

Demikian dimaklumkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Haji Ishak Surin kepada media.

Katanya, pengumuman itu serentak bersempena Program Jelajah Presiden yang tertangguh sebelum ini.

Haji Abdul Hadi akan mengisi beberapa program bermula jam 2.30 petang di Putrajaya dan kemudiannya menyampaikan Kuliyah Maghrib di Surau Biru, Datuk Keramat dan seterusnya berceramah di Markaz PAS Darul Ummah.

Haji Ishak menyeru semua petugas pilihan raya PAS Wilayah hadir ke semua program yang dirancang bersama Presiden PAS.

Tiada ulasan: