KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 18, 2008

SAH! TAN SRI KHALID IBRAHIM Tunjuk Pengaruh Di PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

Tan Sri Khalid Ibrahim diumum sebagai calon PKR di Parlimen Bandar Tun Razak oleh Anwar Ibrahim semalam.

By TARMIZI MOHD JAM

TAN Sri Khalid Ibrahim diumum sebagai calon PKR Bandar Tun Razak dalam pilihan raya kali ini, sekaligus menjelaskan kerusi itu gagal direbut oleh PAS seperti yang disebut-sebut.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sendiri mengistiharkan mantan calon PKR Dun Ijok itu sebagai calon, pada majlis ceramah mega anjuran PKR di Taman Bukit Anggerik Cheras malam tadi.

"Kita perlu menghantar ahli parlimen yang berwibawa, yang boleh membawa isu rakyat di parlimen. PKR menawarkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi" ulas Anwar.

Turut memberi berucap pada malam tadi Naib Presiden PKR, Azmin Ali. Sebelum ini spekulasi kuat mengatakan Azmin akan bertanding di parlimen tersebut.

Dengan perkembangan ini, kerusi Azmi kembali ke Parlimen Gombak, seperti yang disebut-sebut oleh banyak pihak.

Parlimen Bandar Tun Razak diwakili oleh MCA, Datuk Tan Chai Ho yang juga Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang memenangi kerusi tersebut pada Pilihanraya Umum ke-11 tahun 2004 mengalahkan calon PKR Rosli Ibrahim @ Mamat dengan majoriti 17,527 undi.

Tan Chai Ho, baru-baru ini menggesa pengundi di kawasan parlimen ini supaya terus memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum kali ini.

Tan juga sukar memberi jawapan adakah dia akan terpilih semula di parlimen itu. Ini kerana senarai nama calon belum diumumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Dengan pengumuman tersebut sah Khalid Ibrahim akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

Tiada ulasan: