Ramli Abdul halim mengekalkan sumpah ini Blog Kapak Jangak bukan sahaja hanya untuk tempoh empat minggu sebagaimana yang diminta tetapi selagi ada hayat blog ini!
By RAMLI ABDUL HALIM
EKORAN dari penyiaran komen oleh Ustaz Tarmizi Mohd Jam melalui blognya sanggahtoksao@blogspot.com, ramai yang menelefon, SMS dan email meminta saya posting khas untuk sumpah berkenaan.
Bagi tidak menghampakan mereka yang meminta, maka disiarkan sumpah berkenaan, mudah-mudahan semuanya bepuashati dan akan tahu bahawa seorang Meli bukannya mudah dibeli atau dicucuk hidung oleh sesiapa;
February 7, 2008 10:31 AM 13. Anonymous said...
"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENGASIHANISAYA MULAI HARI INI, MENCABAR SAUDARA RAMLI ABDUL HALIM, TUAN PUNYA WASILAH DAN BLOG KAPAK JANGAK BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH YANG PERLU DISIARKAN DI DALAM AKHBARNYA WASILAH SELAMA EMPAT KELUARAN, DI DALAM BLOGNYA KAPAK JANGAK SELAMA EMPAT MINGGU BERTURUT BAHAWA SAUDARA TIDAK PERNAH MENERIMA ATAU MEMINTA DUIT ATAU APA-APA MANFAAT POLITIK DARIPADA PARTI UMNO, ATAU AGEN-AGEN PARTI UMNO, MAHUPUN MANA-MANA INSTRUMEN KERAJAAN YANG BERKAITAN UMNO."BERANI KERANA BENAR"ANAK KELANTAN PERANTAUAN"
Respon Saya: Demo sapo nak arah kawe? Oleh kerana demo nak sangat (kalau langkah saya ini tidak selari dengan tuntutan agama mohon alim ulamak betulkan), maka;
"DENGAN NAMA ALLAH YANG AMAH PEMURAH LAGI MENGASIHI, ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERANG DAN TERSEMBUNYI, SAYA RAMLI BIN ABDUL HALIM BIN ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN HAMBAMU YANG SENTIASA REDHA DENGAN KETENTUANMU BERSUMPAH BAHAWA SAYA TIDAK PERNAH PADA BILA-BILA MASA ATAU DALAM APA-APA KEADAAN MENERIMA ATAU MEMINTA DUIT ATAU APA-APA MENFAAT POLITIK DARIPADA PARTI UMNO, ATAU AGEN-AGEN PARTI UMNO, MAHUPUN MANA-MANA INSTRUMEN KERAJAAN YANG BERKAITAN DENGAN UMNO (KECUALI PERMIT PENERBITAN KERANA SYARAT NAK KELUAR SURAT KHABAR/MAJALAH KERANA ADA PERMIT) JUGA SAYA TIDAK PERNAH PADA BILA-BILA MASA DAN DALAM APA-APA KEADAAN PUN MEMINTA DUIT ATAU APA-APA KEMUDAHAN DARI PAS (KECUALI PERMIT MINGGUAN WASILAH DISEWA DAN SAYA MENERIMA SEWANYA SERTA BAYARAN TULISAN SAYA YANG ADA LAGI YANG BELUM DIJELASKAN OLEH PENYEWA DAN SAYA DIMINTA BERTUGAS DENGAN URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN PAS NEGERI KELANTAN SELAMA KIRA-KIRA LAPAN TAHUN TANPA SAYA MENAGIHNYA). DEMI KEADILAN DI ATAS KEMAHA-ADILAMU YA ALLAH... MAKA ENGKAU URUSANKANLAH (HASIBIYALLAHI-NIKMATIL-WAKIL) TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG TELAH BERBURUK SANGKA TERHADAP HAMBAMU INI DENGAN APA-APA HUKUMAN UNTUK PANDUAN HAMBAMU YANG LAIN SUPAYA TIDAK AKAN ADA LAGI YANG MUDAH BURUK SANGKA SELEPAS KES HAMBAMU INI DAN JUGA HAMBA-HAMBAMU YANG LAIN. AMPUNKANLAH HAMBAMU YANG JAHIL INI JIKA PERMOHONANKU SUPAYA ENGKAU URUSKAN MANA-MANA PIHAK YANG BURUK SANGKA TERHADAP HAMBAMU MERUPAKAN PERBUATAN TERLARANG DI SISIMU. TEGUH DAN PERTINGKATKANLAH KUALITI IMAN DAN TAQWAKU... KEDUA IBUBAPAKU... ISTERI DAN ANAK-ANAKKU... DATUK-DATUK DAN NENEK-NENEK... GURU-GURUKU... JIRAN-JIRANKU... SAHABAT-HASABATKU... PARA MUJAHIDIN DAN SELURUH UMAT ISLAM YANG MASIH HIDUP... YANG TELAH MATI DAN YANG BAKAL LAHIR YANG SEDANG, TELAH DAN AKAN SENTIASA MENJULANG PANJI-PANJI ISLAM. HALALKAN DUNIAMU INI UNTUK KAMI, HALALKAN ALAM KUBURMU UNTUK KAMI DAN HALALKAN ALAM AKHIRATMU UNTUK KAMI, JADIKANLAH LUBANG KUBUR SAUDARA-SAUDARA KAMI YANG SUDAH MATI SEBAGAI ANTARA TAMAN-TAMAN DI SYURGAMU!"
Saya tak akan siar dalam Mingguan Wasilah atau mana-mana akhbar dan majalah sumpah saya ini kerana ianya tidak sesuai untuk tatapan umum.
Saya hanya sambut seruan anda sahaja dan jika anda ditimpa musibah ekoran sumpah yang anda desak saya lakukan ini... maka anda kena redalah menerimanya.
Mudah-mudahan Allah akan memelihara iman dan taqwa anda dan anda akan berhenti dari mendesak orang melakukan sesuatu yang tidak patut anda desak orang lakukannya pada masa-masa akan datang.
Belajarlah untuk cuba berprasangka baik terhadap orang lain. Kepada mereka yang pakar dalam hukum hakam... mohon beri pandangan sama ada untuk kebaikan saya mahu pun kebaikan pendesak supaya membuat saya sumpah ini dan juga untuk kepentingan umat Islam seluruhnya pada masa sekarang dan akan datang.
Nota:
1. Sumpah ini akan dikekalkan dalam blog ini... bukan sahaja hanya untuk tempoh empat sebagaimana yang diminta.
2. Diizin print dan sebar bagi sesiapa yang merasa perlu berbuat demikian.
3 ulasan:
Syabas Meli. Demo dah tunjok pade dunio yang demo tak berahin ambik pitis puak-puak Umno Kelate tu. Sumpah demo, tingi nilainyo kat sisi kawe dan Allah swt. Demo tak terdedah lagi ngan fitnah mush-mush demo sekeliling Kelate.
Inilah nasib blogger zaman IT canggih. Kena saman. Kenapa Husam tak beri kenyataan penafian dalam blog Kapak Jangak. Mestikah diajar dengan saman dan tindakan mahkamah? Kurang faham saya. Kita memperjuangkan keadilan dan kebenaran tetapi apabila senjata itu makan tuan, kita gunakan mahkamah yang dikatakan tidak adil dan berat sebelah.
Keadilan sebenar hanya di sisi Allah. Kalau tubuh suruhanjaya keadilan pun lom tentu adil seadil-adilnya... manusia, demikian lah sifatnya
Catat Ulasan