KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 19, 2008

TONTONILAH VIDEO INI: IMPAK Islam Hadhari Mulai MEMBENIH Dalam Jiwa KANAK-KANAK Ini!

By TARMIZI MOHD JAM


INI bukan relak santai! Ini impak dari perlaksanaan Islam Hadhari yang lebih mementingkan HIBURAN hingga anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa diasuh dan diasuh menjadi penghibur.

Rancangan tv Kerajaan Barang Naik (BN) juga terus tanpa rasa bersalah menggalakkan acara HIBURAN dengan memperkenalkan pelbagai program seperti realiti tv Akademi Fantasia, Bintang RTM, Malaysian Idol, Bintang Kecil dan banyak lagi hingga tak terkata di sini.

Langkah ini dipercayai, sebagai strategi BN untuk mengekalkan undi dengan melekatkan di hati rakyat dengan sogokan hiburan antaranya nyanyian... selain pelbagai acara di tv yang melampau dan melalaikan.

Di luar sana pula, acara konsert hiburan dijulang, kelab malam diusung, rumah pelacuran diberi lesen, pakaian tak senonoh didiamkan!

Apa nak jadi dengan anak-anak kita, jika dari kecil diasuh dan diberi galakan untuk bernyanyi?

Sudah tentulah bila dewasa, dia akan menjadi penggiat dan pengamal hiburan tegar. Menjadi penagih hiburan!

Lihat telah ramai, anak-anak muda dan yang tua, mengejar dunia glamour mereka hingga sanggup menari bogel, bergambar lucah malah ada aksi porno yang menggegarkan iman.

Bukankah ibubapa pembentuk "agama" anak-anak? Di manakah peranan ibubapa dalam isu ini?


Tiada ulasan: