KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 18, 2008

AZIZ SHAMSUDIN Tidak Akan CIUM TANGAN Anak Badawi!

"Saya tidak akan meminta-minta atau mencium tangan YAB Perdana Menteri hanya kerana inginkan sebuah kerusi yang belum tentu jadi milik saya dan beliau yang saya kenali semenjak 36 tahun." - AZIZ

By ANALISIS AGENDADAILY


DALAM menghadapi Pilihan Raya umum 8 Mac depan, kedudukan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin agak mendapat perhatian.

Ini memandangkan beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Perak tetapi menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, Selangor.

Kedudukan beliau sudah tentu menarik perhatian kerana menjelang penentuan calon yang bakal bertanding, beliau dikatakan tidak akan mempertahankan kerusinya di Shah Alam kerana ada desakan UMNO Shah Alam agar kerusi itu ditandingi oleh orang Shah Alam atau anak negeri itu.

Malah ada desas-desus yang menyatakan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan bertanding di Shah Alam. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Pak Aziz disebut-sebut akan bertanding salah satu kerusi di Perak.

Namun, segalanya terlerai hari Ahad apabila Pak Aziz sendiri mengesahkan namanya tidak disenaraikan untuk bertanding di negeri Perak.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gopeng berkata, memandangkan UMNO Gopeng hanya memiliki satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak wajar untuknya merebut kerusi itu.

"Saya beri peluang kepada pemimpin yang lebih muda serta berketrampilan dan mampu menggalas cabaran dalam memastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negara ini.

"Dan sepanjang menerajui Umno Gopeng, belum pernah sekalipun saya mencalonkan nama sendiri untuk bertanding kerana bagi saya adalah tidak wajar," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jahitan Kemas di Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar, Perak, hari Ahad.

Sebelum ini Pak Aziz dalam satu kenyataan berkata, beliau masih mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk menjadi calon pilihan raya umum ke-12.

Katanya, dengan tahap kesihatan yang dimilikinya, sudah pasti tidak mengganggu tugas dan tanggungjawab jika terpilih menjadi wakil rakyat.

"Saya masih mempunyai tahap kesihatan yang baik dan rasa-rasa boleh lagi berjalan dalam 10 kilometer," katanya yang akan mencecah usia 70 tahun Jun ini.

Pada tahun 2006, Pak Aziz menghadapi masalah kesihatan dan pernah menjalani pembedahan ‘hernia’. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, beliau tidak akan menolak untuk bertanding sekiranya UMNO Gopeng memiliki kerusi Parlimen yang ketika ini dipegang oleh MCA.

"Saya tidak akan meminta-minta atau mencium tangan YAB Perdana Menteri hanya kerana inginkan sebuah kerusi yang belum tentu jadi milik saya dan beliau yang saya kenali semenjak 36 tahun lalu tidak akan memberikan laluan mudah hanya kerana kami sahabat lama.

"UMNO mempunyai hiraki yang tersendiri dan hanya pemimpin yang layak dan mampu menggalas cabaran dibenarkan ke depan untuk menjadi calon," katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hеy very nice blοg!

Feel free to surf to mу site :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Ηello There. I found your blog using msn. Thiѕ is
an еxtremely ωеll ωritten article. I ωill mаke sure to boοkmark it
and comе back tο reаԁ more of your useful info.
Thаnks for the ρost. Ӏ wіll definitely comеbaсk.


Visit my blog post; short term loans