KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

Harusani dicabar dedahkan komplot, buat laporan polis tentang dakwaan buat perlembagaan baru - Misbah

Mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria dicabar mendedahkan segera individu, kumpulan atau parti politik yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru negara ini, tegas Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki. Katanya, Harussani juga perlu bertanggungjawab di atasnya isu tersebut kerana dipercayai hanya beliau seorang yang tahu maklumatkan itu.

Dakwanya, kerajaan sendiri pun difahamkan tidak tahu menahu berhubung isu yang dibangkitkan Harussani itu. Jadi, katanya, PAS Perak meminta Harussani bertanggungjawab di atas kenyataannya itu kerana ia boleh menimbulkan keresahan dan salah faham masyarakat khususnya orang Melayu.

"Sebab itu kita minta beliau mendedahkan identiti individu atau kumpulan yang disebutkan menyediakan draf perlembagaan baru itu kerana ia akan menimbulkan keresahan dan salah faham dan kita hendak tahu siapa mereka itu. Dan Harussani kena kaji apa tujuannya, buat soal selidik dan siasat perkara tersebut," tegasnya kepada Harakah.

Muka depan Utusan Malaysia, 17 Ogos lalu menyiarkan laporan  yang memetik Mufti Perak,  memberitahu, beliau tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak pada 16 Ogos.

Mengulas lanjut, Misbahul berkata sebagai seorang mufti, Harussani tidak seharusnya membuat kenyataan sebegitu sebaik saja mendapat maklumat rambang. Apatah lagi katanya, kenyataan tersebut dibuat di tempat umum dalam sebuah forum.

"Jadi mufti kena bertanggungjawab  dan dia kena bagi dokumen tersebut kepada polis untuk disiasat ataupun dia sendiri membuat laporan polis, sebab dia seorang yang mendapat maklumat, orang lain tidak tahu," sindirnya.

Tiada ulasan: