KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Ogos 16, 2010

Kes Beng Hock: 'Nota akhir' ini macam wayang - ibubapa Beng Hock


Kedua ibu-bapa mendiang Teoh Beng Hock menafikan sekeras-kerasnya bahawa 'nota akhir' yang dikemukakan oleh Peguam Negara sebagai bahan bukti baru kepunyaan anaknya sebelum ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

Menurut bapanya, Teoh Leong Hwee, 62, bahawa ini merupakan satu tindakan yang tak logik dan bertujuan untuk melengah-lengahkan inkues yang sedang dijalankan sejak hampir setahun lalu.

"Tak logik selepas lebih setahun inkues dijalankan tiba-tiba AG (Peguam Negara) kata ada satu nota akhir yang ditulis oleh anak saya, esok tambah satu surat lagi, buat malu saja macam ini, orang pun boleh fikir kalau macam ini.

"Sepatutnya polis atau AG keluarkan nota itu awal-awal lagi bukannya selepas satu tahun, mereka mahu lengah-lengahkan masa sehingga kami lupa mengenai kematian anak saya, kita takkan lupa! Kita mesti mahu tahu siapa bunuh dia dan macam mana dia boleh mati. SPRM mesti beri satu jawapan macam mana dia mati sehingga anak beliau keluar tanpa bapa sedangkan dia hanya sebagai saksi sahaja," katanya kepada Harakah dengan nada yang agak marah.

Sementara ibunya, Teng Shuw Hoi, 57, menyifatkan bahan bukti baru yang dikemukakan oleh Peguam Negara itu sebagai 'wayang' bagi mengganggu proses inkues yang telah berlangsung setahun lalu.

"Apa jadi sudah satu tahun baru nak keluarkan. Ini macam wayang sapa boleh terima ini hari bawa satu bukti, besok bawa satu bukti lagi dan saya tak puas hati kenapa selepas satu tahun baru nak keluarkan. Kenapa kasi serah itu surat? Apasal sudah satu tahun lebih baru keluar. Siapa pun tak boleh terima atau pun percaya benda macam ini, suka-suka buat satu bukti esok buat satu bukti lagi," kata beliau.

Beliau turut menafikan bahawa surat 'nota akhir' itu ditulis oleh anaknya kerana tulisan tersebut berbeza sama sekali. "Dia anak saya daripada kecil saya tahu itu bukan tulisan dia. Dia punya tulisan Cina sangat baik bukannya cakar-cakar macam tu! Walau bagaimana pun kita serahkan semuanya pada peguam," ujarnya.

Teng sambil mengesat air mata mengulangi bahawa mustahil anaknya membunuh diri kerana dua hari sebelum itu Beng Hock ada menelefonnya dan dia sangat gembira ingin pulang ke Melaka bagi melangsungkan perkahwinan.

Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak yang terbabit di kamar koroner kerana didakwa terdapatnya 'nota akhir' tinggalan Beng Hock sebelum beliau ditemui mati.

Tiada ulasan: