KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Ogos 18, 2010

Hulur sumbangan kepada umat Islam Pakistan, bantulah mereka!


Dalam kehangatan umat Islam di serata dunia menikmati kedatangan Ramadhan al-Mubarak masih terdapat saudara seagama kita yang ditimpa musibah. Terbaru, rakyat di Pakistan dilanda bencana banjir besar yang mengakibatkan kemalangan jiwa yang meragut ribuan nyawa.

Untuk itu, bagi melaksanakan tanggungjawab membantu mereka, Harakah mengambil inisiatif untuk menimbulkan kesedaran masyarakat di negara ini 

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam satu kenyataan mengalu-alukan sumbangan daripada para dermawan daripada orang perseorangan mahupun badan bukan kerajaan untuk menghulurkan bantuan.

"Kita sangat mengharapkan bantuan daripada para pembaca daripada sesiapa sahaja apatah lagi bagi mengambil kesempatan dengan keberkatan ramadhan al-Mubarak," katanya.

Tambahnya, walaupun banyak pihak yang kini memberi tumpuan yang lebih terhadap kekejaman yang menimpa umat Islam di Gaza, Palestin, terdapat juga umat Islam di tempat lain yang turut menagih pertolongan dan sumbangan segera daripada saudara seagama di serata dunia.

Sebarang sumbangan bolehlah dibuat secara tunai atau cek kepada Tabung Kemanusiaan Harakah di alamat No.5, Jalan 65C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur atau menyalurkannya terus ke akaun Bank Islam Malaysia di nombor akaun 14069010021298. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-40213343 atau email ke kemanusiaan@harakah.net.my

Tiada ulasan: