PAS bimbang kegawatan politik yang menuju isu-isu perkauman hari ini sengaja dicetuskan oleh Umno-BN bagi menaikkan kemarahan kaum. Dengan suasana tegang yang dibina, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihak kerajaan akan mengambil kesempatan untuk menangkap dan menahan para pemimpin Pakatan Rakyat kononnya menjadi punca kepada suasana tak harmoni.
Dakwanya, selepas PRU 2008, politik Malaysia terus panas dengan pelbagai isu, apabila Umno-BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi.
"Kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA Dato' Sri Dr Chua Soi Lek mengenai kouta 30% dalam ekuiti Bumiputera. Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres Cina yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kouta 30%," katanya.
Kenyataan Cua itu katanya, telah menimbulkan kemarahan secara terbuka oleh Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno. Tiba-tiba Lee Kim Sai, Timbalan Presiden MCA mangatakan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang dan hak keistimewaan Bumiputera juga dipertikaikan. Pdamasa yang sama Umno berpeca Team a dan Team B.
Akhirnya Operasi Lallang berlaku, Lee Kim Sai lari ke Australia, sebaliknya yang menjadi mangsa ialah pemimpin PAS, DAP dan NGO yang disumbat di Kamunting. Ada beberapa pemimpin Umno ditangkap juga, sekadar untuk main wayang kemudian dibebaskan.
Ustaz Idris mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambing hitamkan pembangkang, kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan