KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

Satu lagi "simpanan tetap" Umno pecah: PAS bongkar penyelewengan dalam Felcra


Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat Mazlan Aliman mendedahkan sekurang-kurangnya terdapat 22 penyelewengan dan salah guna kuasa dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tahan Persekutuan (Felcra). Pendedahan ini bercanggah dengan dakwaan Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini kononnya badan itu tidak mempunyai masalah.

Sebagai memenuhi janjinya, Mazlan membongkar satu persatu penyelewengan yang berlaku dalam Felcra selepas Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan Kali Pertama pada 31 Julai dan 1 Ogos 2010, di Perak. "Kita akan dedahkan perkara ini secara bersiri seperti yang dijanjikan dalam himpunan itu," katanya dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. 

Menurut beliau yang juga Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), antara penyelewengan berlaku dalam Felcra, termasuklah pembelian estet di Sabah seluas 20,000 hektar dan pelaburan dalam pembelian bon berjumlah RM 17 juta yang tidak mendapat kelulusan.

Jelas Mazlan, sebahagian daripada penyelewengan itu sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disertakan dokumen dan baucher sebagai bukti penyelewengan Felcra.  Tambahnya, SPRM perlu menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyemak aduan yang telah dibuat bermula 31 Januari 2009.

"Oleh kerana polisi SPRM tidak boleh dedahkan kepada umum, kita pun tidak tahu sejauh mana perkembangan siasatan itu," katanya sebaik ditanya hal tersebut. Beliau juga mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan yang akan didedahkan itu.

"Masyarakat luar menganggap Felcra tidak ada masalah. Daripada perhimpunan lalu kita telah menerima banyak masalah yang disuarakan oleh pesertanya, bahkan mereka tidak tahu dimana hendak disampaikan," katanya.

Selain itu, Mazlan turut mendedahkan bekalan kegagalan kontrak Pertanian Am Felcra Jemoreng Sarawak yang bernilai RM14.8 juta, keraguan projek menggemukan lembu Bio Valley Felcra Seberang Perak dengan peruntukan RM18 juta dan pampasan tanah peserta Felcra.  Beliau berkata, kedudukan Felcra sebagai institusi pemulihan dan pembangunan tanah kedua terbesar selepas Felda adalah satu masalah yang serius dan kritikal. 

Selain membawa masalah itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Mazlan juga akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Shafie Apdal.  Katanya, pihaknya meminta masa selama seminggu untuk menyiapkan dokumen berkaitan penyelewengan itu untuk diedarkan kepada media.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Felcra, Akmaluddin Mohd Noor serta Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria. Terdapat 92,472 peserta Felcra di seluruh negara dan Felcra memiliki 18 anak syarikat dengan 10 ahli lembaga pengarah.  

Tiada ulasan: