KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Ogos 04, 2010

TPM Muhyiddin Yasin buat pejam mata isu korek pasir di Johor!

PAS mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin agar melihat perkembangan industri pasir di Johor sebelum berbicara berkenaan isu pasir yang dimanipulasi media di Selangor. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mazlan Aliman, berkata Muhyidin perlu sedar industri pasir di Johor, khususnya di Kota Tinggi lebih besar skandalnya, selain tidak dijawab secara profesional berbanding Selangor.


Di Selangor, tegas Mazlan, kepimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim secara penuh profesional tidak menutup sebarang maklumat dan dokumen berkaitan isu pasir yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN). Malah, tambah beliau,  Selangor turut bersedia dengan rakyat yang mengadakan demonstrasi selain mendedahkan beberapa perkara penting seperti konsesi yang terlibat, tarikh tamat kontrak serta perkara-perkara berkaitan dengan penuh ketelusan.

"Biarpun BN membuat percubaan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Selangor, secara telusnya mereka (kerajaan negeri) tidak menutup apa-apa maklumat berkaitan industri pasir di negeri tersebut," kata beliau kepada Harakah, 20 Julai lalu.

Walaupun terdapat beberapa perkara teknikal yang bermasalah seperti kontrak secara runding terus, Mazlan mendakwa ia berlaku hasil kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo. Mengulas lanjut soal ketelusan, Mazlan turut melahirkan rasa kesal kerana pihak terbabit di Johor tidak pernah memberikan sebarang kerjasama dengan rakyat.

"Saya sendiri berpengalaman mengadakan pertemuan dengan pegawai yang terbabit, namun diberi alasan perkara pasir ini diserahkan kepada kerajaan negeri.  Malah,  mereka juga tidak bersedia untuk mengadakan perbincangan bagi kebaikan rakyat negeri Johor," dakwa beliau.

Harakah dimaklumkan, Mazlan turut pernah membuat laporan polis berhubung isu pasir di Johor membabitkan 70 peratus konsesi yang mendapat projek hasil penjualan pasir yang dikatakan kroni-kroni yang mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin BN. Malah, Mazlan akan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada 26 Julai ini berhubung isu penjualan pasir di Johor.

Beliau juga kesal apabila tiada sebarang tindakan diambil pihak berkaitan, sedangkan beliau telah mengemukakan bukti-bukti seperti yang didakwa beliau. Sehubungan itu, beliau mencabar Muhyidin agar memberikan penjelasan kepada rakyat, khususnya rakyat Johor berhubung penjualan pasir di negeri itu sebelum sibuk bercakap tentang Selangor.

Tiada ulasan: