KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

Bukan MCA ikut jejak DAP tapi tuntutan rakyat masa kini begitu - Dr Hatta Ramli

PAS menyifatkan tindakan MCA menyokong resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang mencadangkan 30 peratus ekuiti yang diberikan kepada Bumiputera dikurangkan secara berperingkat pada Sabtu lalu mungkin selaras dengan sentimen masa kini dakwa, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Dakwanya, sudah ada suara penganalisis ekonomi berpendapat beberapa tindakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) itu menghalang kebangkitan ekonomi negara ini. Dengan itu katanya, mereka mahukan satu perubahan dan perkara ini juga disuarakan oleh Pakatan Rakyat.

"Sebenarnya ada kumpulan yang menolak konsep koata kepada kumpulan tertentu, sedangkan kita perjuangkan terhadap kumpulan yang memerlukan bukannya bangsa.

"Kalau ini berlaku maka perjuangan Umno selama ini  dengan sendirinya tertolak dan mungkin sebab itu Umno sangat marah kepada MCA berhubung isu ini," dakwanya. Hatta berkata, sudah menjadi pengetahuan umum yang diperjuang Umno bukannya bangsa Melayu tetapi  segelintir kelompok dan kroninya sahaja.

Sebab itu dakwanya, tindakan Umno terhadap bangsa Melayu yang tidak sebulu dengannya amat keras dan tidak adil. Umno tidak boleh mendabik dada kononnya mereka berjuang untuk bangsa Melayu. Bagitu juga katanya, jika MCA pun mengeluarkan pandangan yang serupa untuk orang Cina, ia juga akan ditolak oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Mereka tidak boleh berjuang untuk kepentingan kaum Cina semata-mata tetapi perlu memulihkan ekonomi negara dan jika ada bantuan semua bangsa yang memerlukan kena dibantu," ujarnya.

Tiada ulasan: