KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Ogos 13, 2010

Buang saja kes liwat Anwar: Ekoran hubungan romantis Saiful-Farah (Pendakwaraya)


Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bukan sahaja bertindak mengugurkan pendakwaraya kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan bahkan beliau juga sepatutnya mengugurkan pendakwaan terhadap kes liwat II, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Peguam PAS, Hanipa Maidin menegaskan, apabila Timbalan Pendakwaraya Farah Azlina Latif digugurkan kerana mempunyai 'hubungan romantis' dengan saksi utama kes liwat Anwar itu, Peguam Negara seharusnya dapat menilai karektor saksi (Saiful) itu sebenar-benarnya.

"Disebabkan pendakwaraya ada kaitan dengan saksi utama, maka Peguam Negara tidak wajar meneruskan pendakwaan terhadap Anwar kerana ia boleh menjatuhkan imej pendakwaan yang dilihat amat teruk dan buruk," katanya.  

Tetapi ramai berpendapat, menggugur saja Farah Azlina tidak mencukupi kerana isu ini melibatkan Saiful yang jadi saksi kes Anwar dan ia menggambrakan pendakwaan kes ini bercempera dan kes patut digugurkan juga.  Saiful ketika membuat tuduhan terhadap Anwar menunjukkan kerektor alim dengan bersumpah dalam masjid dan menggunakan Al-Quran.

Mengulas lanjut Hanipa, Peguam Negara harus melihat kredibiliti saksi utama kerana pendakwaraya terlibat secara langsung dengan saksi utama. "Bagi kita Ghani Patail kena gugurkan pendakwaan terhadap Anwar," tegas beliau. 

Terdahulu, beberapa peguam berpendapat imej Jabatan Peguam Negara tercemar ekoran dakwaannya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan 'romantis' dengan Saiful Bukhari. Dakwaan tersebut kini, benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.

"Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan," kata seorang pensyarah Baljit Singh Sidhu sebagaimana dipetik Malaysiakini.  Menurut Baljit, sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa timbalan pendakwaraya tidak beretika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.

Pada 27 Julai lalu,  Ghani Patail mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar. Ghani berkata langkah itu susulan terhadap dakwaan Farah Azlina mempunyai 'hubungan romantis' dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008. Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama.

Ghani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Terdedahnya isu ini, banyak pihak mahu kerajaan menyiasat 'hubungan romantis' Saiful Bukhari dengan Farah Azlina. Hubungan mereka mulanya didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam blognya, Malaysia Today pada 22 Julai lalu.

Farah yang berjawatan Timbalan Pendakwa Raya adalah sebahagian dari pasukan pendakwaan yang mendakwa Anwar Ibrahim. Gani Patail dalam sidang akhbarnya 28 Julai lepas seolah-olah mengesahkan skandal tersebut apabila menggugurkan Farah dari pasukan pendakwaan tersebut. 

Tiada ulasan: