KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Ogos 16, 2010

Mengapa Umno berang, pelajar suka pada PAS?


Dakwaan Pengerusi Biro Kelab Umno Luar Negara, Dato' Ahmad Shabery Cheek kononya PAS membelanjakan puluhan juta bagi melahirkan pemimpin dan penyokong di Mesir adalah satu dakwaan yang terdesak oleh kumpulan yang kecewa kerana tidak mendapat sokongan rakyat. Memang melucukan apabila Shabery sebut puluhan juta kerana rakyat sedia maklum PAS bukanlah parti yang mengunakan duit untuk membayar pelajar-pelajar itu untuk menyokong PAS. 

PAS tidak pernah menyalurkan sebarang dana bagi para pelajar di Mesir atau di mana-mana negara luar seperti Umno. PAS bukan parti 'politik wang' seperti Umno, sebaliknya PAS parti Islam yang berteraskan kebenaran Islam.  

Hakikatnya, pelajar dalam dan luar negara tertarik kepada PAS kerana Umno hanya mampu memberikan duit bukannya kebenaran dan nilai kemanusiaan. PAS tidak perlu menggunakan duit kerana para pelajar luar negara diyakini sebagai golongan cerdik dan mampu membuat pilihan. Di luar negara tiada AUKU, jadi mereka tidak terikat untuk menyokong Umno sahaja. 

Golongan yang cerdik di luar negara dapat menerima cara pemikiran dan dasar-dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Mereka tertarik dengan sikap pemimpin PAS dan tidak mustahil mengambil pemimpin PAS sebagai idola mereka.

Pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir dan negara Timur Tengah lainnya begitu hampir dengan lokasi sirah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat, maka tidak menjadi kehairanan jika mereka mudah memahami perjuangan PAS yang berteraskan Islam berbanding dengan Umno yang meminggirkan Islam. 

Walaupun Kelab Umno mengadakan pelbagai program termasuk membawa Presiden parti mereka ke sana, namun mereka yang cerdik ini tidak terpedaya kerana mereka boleh mengetahui maklumat semasa dinegara ini melalui internet. 

Kelab Umno telah menaburkan banyak fitnah tentang PAS, namun mereka gagal memperbodohkan golongan yang cerdik ini, sebab itulah Shabery amat kecewa dan mengeluarkan kenyataan tersebut.  Umno kena terima hakikat, kini PAS menjadi pilihan terbaik rakyat kerana kita menjadi pilihan ramai barisan kepimpinan pelapis yang keluar dari universiti tempatan dan luar negara selepas mereka tamat pengajian.

PAS kesal kerana Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar Negeri dan beberapa yayasan negeri mendiskriminasikan para pelajar di luar negara. Mana-mana yang disyaki menyokong PAS atau ibu bapa mereka pemimpin PAS akan disenarai hitamkan dari menerima bantuan. 

Inilah antara punca mengapa mereka lebih benci kepada Umno dan menyayangi PAS. Sewajarnya pihak kementerian dan yayasan mengambil inisiatif bagi membantu semua pelajar Malaysia di luar negara tanpa mengira latar belakang kerana organisasi mereka adalah milik rakyat bukan Umno.

Berbeza di Malaysia, walaupun Umno mengetuai kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi tetapi mereka tidak mampu mewujudkan kelab-kelab Umno dalam kampus lantaran kesilapan mereka mewujudkan AUKU. 

Mereka sendiri mengongkong kematangan pelajar. Apakah bezanya pelajar dalam dan luar negara, usia mereka sebaya, mereka sama-sama menuntut di institusi pengajian tinggi, mengapa yang diluar negara boleh berpolitik dan dalam negara diharamkan. Malaysia kini menuju ke arah negara maju, maka akta seperti AUKU ini adalah tidak releven. PAS berjanji akan memansuhkan AUKU, sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan untuk memerintah negara ini dalam Pilihanraya Umum ke-13. 

PAS tiada halangan jika Umno mahu adakan Kelab Umno di dalam dan luar negara, begitu juga kepada parti-parti lain termasuk PAS kerana mengikut peraturan pendaftaran pertubuhan setiap parti berhak mengajak mana-mana warganegara ini untuk menjadi Ahli dan menubuhkan cawangan.  Dan mengikut perlembagaan dan peraturan pilihan raya, setiap warganegara berhak memilih parti mana yang mereka suka.

Tiada ulasan: