KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

Hormati keputusan rakyat: PAS mahu Tsu Koon bincang dalam MT BN

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mahu Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membawa idea membuang budaya dendam politik ke Majlis Tertinggi BN supaya anggota komponan BN pandai menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi yang telah memilih parti-parti yang bertanding.  

"Sudah jadi adat perlawanan ada kalah, ada menang. Hormatlah semangat federalisme yang telah diterima pakai di negara ini. Buanglah sifat tidak menghormati undang-undang dan perjanjian seperti hak royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu," katanya kepada Harakah.

PAS menyambut baik cadangan Tsu Koon yang menasihat parti politik supaya membuang budaya politik negatif dan mewujudkan suasana yang lebih selesa dan harmoni.  Tsu Koon dengan ikhlas berkata, perkara ini terjadi terutama selepas  Pilihan Raya Umum 2008, di mana politik dendam antara satu sama lain tidak terkawal.

Memperkatakan hal ini, Ustaz Idris menasihatkan supaya Umno-BN belajar menjadi pembangkang yang baik, seperti yang PAS alami.  Pemimpin BN katanya, perlu belajar daripada PAS dalam sepak terajang politik kerana parti itu pernah bersama dengan kerajaan di peringkat pusat pada tahun 1970, sehingga ditendang keluar daripada BN. 

PAS tegasnya, pernah memerintah di Kelantan, kemudian kalah,  setelah memerintah 18 tahun sejak 1959.  Berkat kesabaran maka rakyat memberi kepercayaan kepada PAS kembali pada tahun 1990 hingga kini.  Jelas beliau lagi, PAS juga pernah menang di Terengganu 1959 kemudian jatuh melalui undi tidak percaya 1961, dan menang semula pada 1999 dan kalah 2004. 

"Inilah roda putaran perjuangan PAS dalam sebuah negara demokrasi. Walaupun PAS sedar perjalanan demokrasi yang penuh tempang namun PAS tetap menyuburkan demokrasi, kerana ini adalah satu jalan untuk PAS merealisasikan cita-cita perjuangan. 

"Malangnaya sikap ini tidak ada kepada Umno-BN, yang tidak sabar dan tidak  tahu menjadi pembangkang. Pemimpin BN kena sedar bahawa sebuah kerajaan ada ajal, terimalah hakikat ini. Perjuangan seperti roda , ada ketika berada di atas dan ada ketika berada di bawah," kata beliau.

1 ulasan:

JBS berkata...

Orang yang bersalah dan khianat kepada insan lain, selalunya begitu takut. Bila tiada kuasa maka mudahlah dipenjarakan. Jika Pakatan Rakyat memegang tampok pemerintahan Pusat nanti, sila gubal undang-undang supaya Pemimpin yang rasuah boleh dihukum mati seperti di negara China. Pemimpin yang begini jika dibiarkan hidup lebih lama maka rakyat yang berjuta orang jumlahnya akan hidup tertekan dan menderita sepanjang pemerintahannya. Jangan jadi macam zaman mesir di bawah Firaun yang memerintah dan memanipulasi kuasa secara mutlak. Kini pasca pembebasan...