KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Ogos 16, 2010

Dato KJ kata, kakitangan Harakah mata rantai perjuangan PAS


Pengarah Urusan Harakah yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar mengingatkan semua kakitangan Harakah agar menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai mata rantai perjuangan parti PAS yang aktif.

Katanya, Harakah merupakan cabang media kepada parti terutamanya dalam suasana yang amat mencabar PAS sekarang ini, dengan dakyah-dakyah jahat daripada media kuasaan Umno-BN.

Beliau berkata, semua orang perlu meningkatkan kefahaman, keimanan dan fikrah untuk memainkan peranan dan tanggungjawab yang amat mencabar bukan sahaja dalam PAS tetapi dalam Pakatan Rakyat kerana pergolakan serta perkembangan politik berlaku setiap hari.

Beliau menegaskan perkara ini sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Kali ke-11 Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (BAKKAH), dekat sini Selasa lalu yang menyaksikan peralihan kepimpinan kepada muka-muka baru.

"Banyak kenyataan pimpina PAS menjelas dan menjawab pelbagai isu penting setiap hari. Perkara ini perlu dilihat secara teliti lebih-lebih oleh Harakah cetak dan Harakahdaily.

"Peranan kita lebih mencabar dan memerlukan petugas media lebih cermat bukan sahaja mengkritik parti lawan Umno, MCA, MIC, Gerakan dan sebagai tetapi memikirkan bagaimana mahu menonjolkan PAS sebagai sebuah parti yang mesti disokong oleh rakyat," tegas beliau lagi.

Kamaruddin cukup menghargai semua warga Harakah termasuk kakitangan jabatan editorial, pentadbiran, pengedaran, pengiklanan dan lain-lain bahagian yang menyumbang kepada kejayaan semasa.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan baru BAKKAH untuk sesi 2010-2012 yang diadakan sempena mesyuarat itu, Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam dipilih sebagai presiden yang baru dan Pengurus Iklan Harakah, Mokhtar Rozaidi sebagai Timbalannya.

Lima EXCO baru yang terpilih ialah Sdra Nazri Abdullah (Harakahdaily); Khairul Hartimi (PA Ketua Pengarang Harakah); Sufardi Mohd Nor (Nuffair Street. Sdn. Bhd.); Salmiyah Harun (Harakah Cetak) dan Norizan Ibrahim (Pengurus Pemasaran Harakah).

Tiada ulasan: