KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

Adik Nawawi Hassan mohon bantuan lanjut pelajaran ke Jordan

Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu, bermula dari dalam buaian hinggalah ke liang lahat. Peri pentingnya ilmu diperakui al-Quran dengan mengajak umatnya membaca - 'ikraq'.

Begitulah impian adik Nawawi Hassan dari Kampung Batu 8, Changkat Jering apabila ditawarkan melanjut pengajian 4 September depan ke Universiti Mu’tah Jordan dalam bidang Pengajian Syariah Islamiah.

Namun,  graduan Kolej Islam Darul Ridzuan ini tidak mendapat bantuan mahupun tajaan daripada kerajaan atau mana-mana agensi. Ini merencatkan impiannya untuk meneruskan pengajian.

Adik Nawawi anak kedua dari enam adik-beradik memerlukan sumbangan awal mana-mana pihak dan orang perseorangan bagi membolehkan cita-citanya melanjutkan pelajaran menjadi kenyataan.

Keseluruhan kos pengajian di universiti tersebut dianggarkan RM30 ribu termasuklah yuran pengajian RM17,000 dan kos sara hidup selama dua tahun RM13,000 merangkumi sewa rumah, makan, buku rujukan dan pengangkutan. 
  
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah masukkan terus duit ke akuan BIMB (08040020746698) atau MAYBANK 2U (158051561504) atas nama Nawawi Hassan. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 013-5016267.